top of page

Rafizi turun berkempen di Sabah, beri sokongan kepada calon KEADILAN

  • Writer: Omar Zin
    Omar Zin
  • Sep 15, 2020
  • 1 min read

ree

Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli membuat kejutan apabila turut serta dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.


Malah, selepas tiba di Kota Kinabalu, beliau terus memulakan perjalanan selama lebih dua jam ke DUN Sook untuk bertemu dengan calon KEADILAN, Raymond Ahuar di Pejabat Cabang Pensiangan.


Raymond berkata, beliau cukup terharu dengan kehadiran Rafizi yang sudi datang dari jauh untuk memberikan sokongan kepadanya.

ree

"Beliau sahabat baik yang saya anggap seperti abang saya sendiri.


"Beliau sempat memberikan kata-kata semangat serta sedikit nasihat kepada jentera DUN Sook," katanya.


Raymond berdepan pertandingan lima penjuru di DUN Sook, dengan dua daripada calon itu merupakan calon Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN).


Penyandang, Datuk Ellron Angin kembali mempertahankan kerusinya selaku calon PN dan Parti Solidariti Tanah Air (STAR).


Calon BN pula diwakili oleh Bonepes Been dari Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).


Dua lagi calon adalah Rebecca Taimin selaku calon Parti Cinta Sabah (PCS) dan Aning Ansawang selaku calon Parti Liberal Demokratik (LDP).


Sebanyak 10,397 pengundi berdaftar di DUN Sook.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page