top of page

Rafizi, perjuangan dan pergulatan politik

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 25
  • 2 min read

Anwar Ibrahim bersalaman bersama Rafizi pada majlis Perasmian Kongres Nasional KEADILAN di Johor
Anwar Ibrahim bersalaman bersama Rafizi pada majlis Perasmian Kongres Nasional KEADILAN di Johor

Oleh: Sandy Z


ULASAN: Rafizi Ramli akhirnya bersuara dalam nada yang paling jujur dan paling manusiawi. Tidak lagi sebagai arkitek data atau pengurus persepsi parti, tetapi sebagai insan yang telah memberi lebih separuh usia dewasanya untuk sebuah perjuangan yang tidak pernah dijanjikan kemenangan.


Catatan beliau pada 24 Mei 2025 bukan sekadar penutup kempen, tetapi seolah-olah satu penutup bab dalam kisah panjang perjuangan. Sebuah kisah yang bermula sejak tahun 1998 ketika beliau dan ribuan rakyat lain turun ke jalan raya menuntut keadilan buat Anwar Ibrahim. Ketika itu beliau hanyalah seorang anak muda berbakat yang memilih idealisme daripada keselesaan hidup.


Sejak itu, Rafizi tidak pernah jauh daripada garis depan perjuangan. Daripada menggerakkan Kempen Bebaskan Anwar di peringkat antarabangsa, ke Parlimen Pandan, ke pendedahan skandal NFC dan 1MDB, beliau tampil sebagai suara yang lantang biarpun berdepan risiko penjara dan serangan bertubi-tubi.


Terima kasih kepada rakyat


Namun dalam kenyataan terbarunya, Rafizi tidak membangga diri. Sebaliknya, beliau mengungkap terima kasih kepada rakyat biasa. Mereka inilah yang menurutnya menyuntik nafas kepada kempen yang jujur, bersih dan lantang. Sebuah kempen yang tumbuh secara organik dari akar umbi dan dibina atas dasar harapan.


Kempen Rafizi adalah suara hatinya sendiri. Setiap kenyataan, setiap langkah dan setiap pertemuan dengan akar umbi adalah manifestasi kegelisahan seorang reformis yang melihat idealisme telah tidak sebagaimana diperjuangkan beliau sejak awal.


Reformasi dalam setiap jiwa rakyat


Rafizi tewas, mengakui wujud rasa kecewa. Namun lebih daripada itu, beliau merasai kelegaan. Kelegaan berundur daripada kuasa dan kembali menjadi insan biasa. Beliau tidak menyimpan dendam terhadap parti yang pernah menjadi rumah perjuangannya selama 27 tahun. Malah beliau menegaskan bahawa cita-cita reformasi tidak pernah bergantung kepada mana-mana individu. Ia hidup dalam hati setiap rakyat yang percaya Malaysia boleh menjadi lebih baik.


Beliau tidak berjanji untuk terus kekal dalam politik. Tetapi beliau juga tidak menutup pintu kepada perjuangan. Bagi Rafizi, reformasi itu milik semua. Dan jika pun langkah beliau perlahan selepas ini, idealisme itu tetap akan hidup, selama mana rakyat masih berharap.


Catatan ini bukan luahan kekalahan. Ia adalah doa harapan. Doa agar perjuangan ini tidak mati ditelan kecewa dan dihanyut waktu. Kerana dalam politik, pemimpin datang dan pergi, tetapi cita-cita sebuah bangsa harus kekal menyala.



Tulisan ini merupakan pendapat peribadi penulis dan bukan pendirian rasmi Suara Keadilan

댓글


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page