Rafizi menang semua saman NFC, pampasan akan diderma kepada rakyat



Kes National Feedlot Corporation (NFC) menentang Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli mungkin antara kes terpanjang dan kontroversi melibatkan tokoh politik di negara ini.


Selepas Rafizi mendedahkan salah urus dan penyelewengan NFC pada 2011 sehingga ke hari ini, mantan Ahli Parlimen Pandan itu telah meraih 2 kes disaman oleh pemilik NFC dan satu di bawah Akta Bafia.


Beruntungnya dengan keputusan Mahkamah Persekutuan, bahawa Rafizi telah memberikan komennya yang adil mengenai isu NFC berdasarkan tugasnya sebagai Ahli Parlimen maka beliau telah menang ketiga tiga kes ke atasnya.


"Mahkamah Persekutuan pagi ini memutuskan bahawa saya menang dalam kes saman yang dibawa NFC, syarikat milik keluarga Tan Sri Shahrizat Jalil, bekas Ketua Wanita Umno, terhadap saya


"Saya mula mendedahkan skandal NFC dalam tahun 2011. Ada tiga kes yang dibawa terhadap saya. Dua kes saman, masing-masing oleh Tan Sri Sharizat Jalil (ditarik balik) dan NFC (Rafizi menang) dan satu kes jenayah (pertuduhan di bawah BAFIA) yang akhirnya saya menang juga.


"Saya ucapkan terima kasih kepada peguam-peguam saya dan orang ramai yang bersama (memberi sokongan) selama 11 tahun ini," katanya.


Bersyukur dengan kemenangan pagi tadi, Rafizi berkata, semua pampasan yang dibayar kepadanya oleh pihak NFC akan diberikan kepada rakyat dalam bentuk biasiswa atau bantuan kecil.


"Cuma saya nak sahkan bahawa semua jumlah yang mahkamah putuskan perlu dibayar oleh NFC kepada saya kerana kalah dalam saman ini akan dipulangkan kembali kepada rakyat dalam bentuk biasiswa dan bantuan perniagaan kecil," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER