top of page

Rafizi luncur statistik gaji dan upah hari ini



Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli bakal meluncurkan laporan Statistik Gaji dan Upah Jabatan Perangkaan Negara setiap suku tahun pagi ini.


Langkah pertama kali dalam sejarah pentadbiran Malaysia itu sebagai sebahagian usaha kerajaan untuk menyelesaikan masalah gaji rendah di Malaysia.


"Esok (Jumaat) saya akan luncurkan statistik gaji negara setiap suku yang menggunakan data granular.


''Ini kali pertama dalam sejarah negara perkara ini dibuat, sebagai sebahagian usaha kita membawa tumpuan negara menyelesaikan masalah gaji rendah," ciapnya di Twitter.


Sementara itu, Rafizi pada ceramah di DUN Lembah Jaya malam tadi turut mengulas mengenai peluncuran laporan itu yang akan menggunakan data granular (terperinci).

"Saya harap ia dapat membantu pekerja dan majikan untuk tahu apa jumlah gaji munasabah untuk rakyat.


"Tak cukup dengan itu, kalau kita serah bulat-bulat antara pekerja dan majikan, kita akan kembali ke keadaan sekarang di mana pekerja dibuli majikan," jelasnya.


Terdahulu Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menerusi Twitter rasmi turut menghebahkan tentang program Majlis Pelancaran Laporan Statistik Upah Pekerja (Sektor Formal) Suku Tahun Pertama 2023 yang akan dirasmikan Rafizi itu.


Program tersebut dijadual berlangsung pada jam 11.30 pagi di Dewan Anggerik DOSM dan akan turut disiarkan secara langsung di laman Facebook jabatan berkenaan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page