top of page

Rafizi jangka subsidi bersasar dilaksana suku kedua 2024

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jan 20, 2024
  • 1 min read


Menteri Ekonomi menjangkakan mekanisme pengagihan subsidi bersasar dapat dilaksana seawal suku kedua tahun ini.


Rafizi Ramli pada sidang media di Jabatan Perangkaan, Putrajaya pada Jumaat berkata, pasukannya perlu memproses data diperoleh daripada Pangkalan Data Utama (Padu) kerajaan pada suku pertama tahun ini.

"Maksudnya kalau keputusan berkenaan mekanisme dibuat minggu hadapan, pangkalan data perlu selesai menjelang 31 Mac, saya tidak merasakan kita susah payah bekerja keras kemudian nak laksanakan 2025.


"Maksudnya, berdasarkan suku tahun, suku pertama kita proses data dan kesiapsiagaan, jadi pada suku kedua kita sudah boleh laksanakan," katanya dipetik.


Rafizi turut memaklumkan, kertas Kertas Memorandum Jemaah Menteri Berkenaan Mekanisma Penyasaran Semula Subsidi sudah dihantar dan keputusan mengenai bentuk dan pelaksanaan subsidi bersasar akan diputuskan Jemaah Menteri minggu depan.


"Ia akan diputuskan minggu depan. Selepas keputusan dibuat mengenai kaedah (kaedah termasuk kumpulan mana, berapa, siapa yang akan dapat dan sebagainya), itu membolehkan kerajaan mengumumkan bentuk bantuan subsidi bersasar selepas minggu depan.

"Terpulang kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) bila masa sesuai akan dibuat pengumuman itu," tambahnya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page