top of page

Rafizi iringi calon DUN Sikamat

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Jul 29, 2023
  • 1 min read


Menteri Ekonomi, Mohd Rafizi Ramli pagi tadi mengiringi calon DUN Sikamat, penyandang Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminudin Harun ke pusat penamaan calon di Dewan Coral Heights, Sikamat.


"Saya hadir di Negeri Sembilan untuk berikan sokongan kepada sahabat saya, Aminuddin Harun yang bertanding di DUN Sikamat.

Doa saya semoga kempen dan urusan kita dimudahkan.


"Kepada calon-calon, banyakkan berkempen dan ambil vitamin banyak-banyak," pesan Rafizi dalam catatannya di Facebook.


Aminuddin berhadapan cabaran calon Perikatan Nasional (PN) Ahmad Raihan Muhamad Hilal dan dua calon Bebas, Bujang Abu serta Mohammed Hafiz Baharudin.


Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 Aminuddin menang kerusi DUN berkenaan dengan memperoleh majoriti 3,413 undi selepas mendapat 9,832 undi dalam saingan empat penjuru.



Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page