top of page

Rafizi bakal umum pelaburan RM25 bilion petang ini



Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli memaklumkan kerajaan akan mengumumkan pelaburan berjumlah RM25 bilion.

Melalui satu hantaran di Twitter, Ahli Parlimen Pandan itu memaklumkan, pengumuman tersebut yang akan dibuat hari ini akan membuka sehingga 23,000 peluang pekerjaan yang bergaji tinggi buat rakyat negara ini.


"Tujuh bulan PN (Perikatan Nasional) mainkan isu kononnya Kerajaan Perpaduan perintah tidak ada pelaburanlah, prestasi ekonomi merudumlah.


"Kami di Kerajaan Perpaduan akan terus hasilkan program-program ekonomi yang berimpak tinggi untuk kesenangan rakyat," katanya dalam satu hantaran di Twitternya pada Rabu.


Berdasarkan hantaran tersebut Rafizi dijangka mengumumkan pelaburan itu ketika acara pelancaran Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) petang ini.


Menurutnya di sebelah pagi, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terlebih dahulu melancarkan kerangka Ekonomi Madani.


Kedua-dua rancangan tersebut akan menerangkan hala tuju ekonomi Malaysia untuk dekad ini selain untuk menarik pelabur, jana peluang kerjaya yang bernilai tinggi, dan meningkatkan pendapatan rakyat.

"Yang penting kami akan selesaikan masalah harian rakyat supaya kita tidak mengulangi kelemahan-kelemahan lalu, yang kaya bertambah kaya, yang miskin papa kedana.


"Itulah tugas mana-mana kerajaan iaitu ada idea, cari penyelesaian dan terus bertindak," ujarnya sambil menegaskan kesepaduan dan kepelbagaian parti yang ada dalam Kerajaan Perpaduan akan terus mengutamakan dasar-dasar pro rakyat.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page