top of page

Rafizi anjur program Klinik Parlimen Pandan



Sebagai sebahagian usaha memudahkan penduduk menyuarakan masalah, Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli mengumumkan penganjuran program 'Klinik Parlimen Pandan'.


Menerusi satu hantaran di laman sosialnya, Rafizi berkata program itu yang akan bermula hari ini akan membolehkan penduduk di kawasan itu mengaju masalah, cadangan atau permohonan bantuan.


Menurut beliau, 'klinik' itu dibuka pada Rabu minggu kedua dan keempat setiap bulan dari 8.30 malam sehingga 11 malam di Pusat Khidmat Pandan, Dataran Pandan Prima.


"Pusat Khidmat Parlimen Pandan akan menilai cadangan-cadangan sama ada berbentuk permohonan bantuan, projek infrastruktur kecil dan lain-lain yang dibawa penduduk setempat," katanya di Twitter.


Walau bagaimanapun menurut Menteri Ekonomi itu, inisiatif berkenaan tidak akan meliputi urusan hal ehwal kementeriannya.


"Segala urusan bersabit kementerian (ekonomi) hendaklah melalui kementerian.


"Mereka yang mahu berjumpa mengenai hal ehwal kementerian boleh menghubungi Kementerian seperti direktori di laman Kementerian www.epu.gov.my," katanya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page