top of page

"Rafizi ambil cuti bukan satu isu" - PM Anwar

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 2
  • 1 min read

PM DS Anwar disalami jemaah Masjid Bandar Saujana Putra selepas menunaikan solat Jumaat. Foto FB Anwar
PM DS Anwar disalami jemaah Masjid Bandar Saujana Putra selepas menunaikan solat Jumaat. Foto FB Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap langkah Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli mengambil cuti bukan menjadi satu isu malah ia merupakan perkara biasa bagi seorang pekerja.


Malah Perdana Menteri menjelaskan beliau sendiri sedang menimbangkan tarikh yang sesuai untuk bercuti.


"Beberapa hari sahaja cuti, bagilah... tak ada isu pun. Saya pun nak cari beberapa hari nak cuti," kata beliau dipetik kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Bandar Saujana Putra, Kuala Langat hari ini.


Anwar ditanya mengenai dakwaan menyatakan Rafizi yang juga Timbalan Presiden KEADILAN bercuti sehingga 31 Mei ini.


Perdana Menteri turut membayangkan ingin mengambil cuti selepas Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 pada 26 dan 27 Mei ini dengan menyatakan bahawa beliau juga perlu berehat selepas menjalankan tanggungjawabnya.


"...saya nak lepaskan Summit (ASEAN). Boleh tak saya cuti?" katanya.


Bagaimanapun, Anwar yang juga Presiden KEADILAN enggan menjawab pertanyaan media tentang alasan mengapa Rafizi bercuti.


"Ada ke punya soalan tak boleh cuti. Kenapa (Rafizi) tak boleh cuti?," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page