Rafee Ibrahim sedia berkhidmat untuk DUN Ayer Molek


Rafee Ibrahim sedia berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Molek.


Beliau mengakui semakin ramai pengundi yang mahu mengenalinya, terutamanya selepas dicalonkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.


"Apa yang kami buat biar rakyat menilai, sepanjang pengetahuan rakan-rakan, tak ada isu yang berbangkit sama ada saya di Hang Tuah Jaya, atau kerajaan bertukar tangan selepas 22 bulan.


"Kita tak berhenti setakat jadi kerajaan, sebaliknya, sebelum, semasa dan selepas menjadi kerajaan, kita tetap buat benda sama, iaitu agenda rakyat.


"Setiap hari semakin ramai yang datang kepada kita, terutama warga tempatan sebab dia yakin kepada kita, selebihnya saya serah kepada Allah, kalau kata saya menang, saya mewakili penduduk sini, Allah akan turunkan kepada saya. Kalau belum sampai masa, kita reda dan tawakal," katanya.


Rafee yang dikenali dengan panggilan mesra Cikgu Rafee kerana latarbelakangnya sebagai seorang guru, merupakan salah seorang pejuang reformasi 1998 di Melaka.


Beliau kini berkhidmat sebagai Naib Pengerusi KEADILAN Negeri Melaka dan Ketua Cabang KEADILAN Hang Tuah Jaya.


Kerusi DUN Ayer Molek disandang oleh calon BN, Rahmad Mariman yang meraih undi majoriti 1,805 pada Pilihan Raya Umum Ke-14.


Cikgu Rafee turut berdepan calon Bersatu, Mohd Fadly Samin dan calon Bebas, Ahmad Muaz Idris.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER