top of page

Quran Hour sempena Merdeka 68: Kerajaan MADANI angkat sentuhan spiritual

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read

ree

Oleh: Hasbul Ahmad


Sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini yang turut menampilkan kelainan apabila kerajaan menganjurkan Quran Hour sebagai salah satu pengisian utama dan memberi sentuhan spiritual dipuji banyak pihak.


Ketua Biro Latihan dan Perkaderan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Ustaz Ashraf Hadi (gambar) berkata, jika sebelum ini persepsi masyarakat terhadap sambutan kemerdekaan sering dikaitkan dengan hiburan semata-mata namun kali ini mereka berpeluang menyertai program keagamaan yang berlangsung lebih enam jam bermula jam 5 petang hingga 12 tengah malam di Putrajaya.


"Program berteraskan Al-Quran ini adalah usaha baik kerajaan untuk memastikan pengisian kemerdekaan tidak hanya dipenuhi dengan keseronokan, tetapi turut membawa keberkatan serta nilai rohani yang mendidik masyarakat.


"Penganjuran Quran Hour mencerminkan kesungguhan kerajaan, khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam menyemarakkan agenda Islam berlandaskan konsep Rahmatan lil Alamin.


"PMX sentiasa memberi keutamaan kepada program keagamaan, menyantuni para ulama dan membuka ruang perbincangan dengan tokoh-tokoh dalam dan luar negara. Ini bukti kesediaan beliau memastikan Islam terus subur di bumi Malaysia," kata Ashraf kepada Suara Keadilan.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai program julung kali diadakan sempena sambutan Hari Kebangsaaan ke 68 baru baru ini.


Tambah beliau, program Quran Hour itu turut mendapat sambutan baik daripada pelbagai lapisan masyarakat, sekali gus memperlihatkan bahawa elemen kerohanian mampu menyatukan rakyat tanpa mengira latar belakang.


"Penganjuran seperti ini wajar diteruskan setiap tahun sebagai sebahagian daripada agenda sambutan merdeka agar nilai spiritual terus menjadi sebati dengan rakyat, selain menjadi pengimbang kepada hiburan yang lazimnya mendominasi acara tahunan.


"Dengan pendekatan ini, Malaysia bukan sahaja menyambut ulang tahun kemerdekaan dalam suasana meriah, malah mengisinya dengan makna yang lebih mendalam — menghargai nikmat kebebasan sambil memperkukuh hubungan dengan Tuhan," ujar Ashraf lanjut.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page