top of page

Qunut nazilah tidak wajar digunakan melencong tujuan asal



Bacaan qunut nazilah tidak harus digunakan melencong daripada tujuan asalnya, tegas Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Dr Abu Hafiz Salleh Hudin


Dipetik laporan media beliau menegaskan, ulama membincangkan bahawa qunut itu dibacakan ke atas musuh Islam dalam keadaan bencana atau perang seperti yang sedang berlaku di Gaza.


Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Quran dan Sunnah, Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan itu berkata perbuatan terpesong Ahli Parlimen pembangkang membacakan qunut nazilah itu selepas penggantungan Ahli Parlimen Machang yang dipercayai ditujukan kepada wakil rakyat kerajaan perlu dipandang serius oleh masyarakat.


"Ketika doa qunut nazilah dibacakan di Parlimen selepas penggantungan Ahli Parlimen Machang, siapakah ditujukan doa itu? Adakah ditujukan sesama muslim?


"Muslim lain musuh Islam? Maka persoalan ini yang membawa kebimbangan," tegasnya.


Manakala Pengarah Jabatan Pemahaman dan Pemantapan Agama Parti KEADILAN, Amidin Abdul Manan pula sebelum ini menegaskan, tindakan Ahli Parlimen pembangkang yang menyamakan persaingan politik antara parti dengan perseteruan Rasulullah SAW dan musyrikin Makkah adalah bukti ketabsuban kepartian.


Pada Khamis, Ahli Parlimen pembangkang membuat bacaan qunut nazilah dipimpin Ahli Parlimen Jasin, Zulkilfli Ismail selepas Dewan Rakyat menggantung Ahli Parlimen Machang Wan Fayshal Wan Ahmad dari menghadiri sidang dewan selama enam bulan.


Wan Fasyal digantung setelah dianggap bersikap tidak profesional dan melanggar etika Parlimen apabila membangkitkan isu pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) serta menamakan seorang penjawat awam yang kononnya “dalang” mengancam kedaulatan negara hanya dengan bersandarkan surat layang yang kandungannya tidak disahkan.

0 comments

Recent Posts

See All

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page