top of page

Putus bekalan: Kerajaan BN - PN gagal total tangani isu harga ayam



Penutupan kedai atau tiadanya bekalan ayam di kawasan tertentu hari ini membuktikan kerajaan BN - PN gagal total menangani isu kenaikan harga dan bekalan ayam di pasaran.


Menurut mantan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin, penutupan kedai yang menjual ayam akibat ketiadaan bekalan daripada pembekal bukanlah suatu tindakan yang disengajakan tetapi kerena penternak sejak beberapa minggu kebelakangan ini tidak mendapat subsidi yang dijanjikan daripada kerajaan.


"Ada petani kecil sudah tutup (reban) kerana rugi berpanjangan dan pelbagai halangan dan cabaran.


"Persoalannya, apa terjadi kepada rantaian pembekalan ayam negara yang sekian lama ini berjaya membekalkan 98.2% SSL negara atau Self Sufficiency Level?


"Pasaran daging ayam dipengaruhi oleh bekalan dan permintaan. Dari segi permintaan, musim Hari Raya ini antara paling meriah selepas dua tahun lockdown.


"Maka kita mengalami kesesakan jalanraya kerana banyak open house dan ziarah menziarahi. Permintaan daging ayam sangat luar biasa (yang memerlukan makanan untuk jamuan)," katanya dalam kenyataan hari ini.


Oleh kerana permintaan luar biasa, kata Sim, sedangkan penawaran pula tidak begitu banyak setelah penternak mengadapi kenaikan kos dedak 150% maka bekalan berkurangan.


Memburukkan lagi, tambah Ahli Parlimen Bayan Baru itu, Kerajaan menetapkan harga siling ayam pada RM8.90 sekilo selama 121 hari, iaitu tempoh paling lama dalam sejarah.


"Janji subsidi, tapi duit tak sampai. Dan saya telah bangkitkan isu ini sejak 22 Mac di Parlimen.


"Kerajaan turut gagal mengatasi masalah kekurangan pekerja. Keadaan bertambah meruncing apabila Kerajaan membatalkan kawalan AP yang menjejaskan survival penternak tempatan," ujarnya.


Hal itu, menurut Sim menyebabkan penternak mengalami pelbagai masalah serius, risiko semakin tinggi dan menghadapi kerugian berpanjangan yang tidak boleh ditampung oleh penternak berskala kecil.


"Berita penutupan beberapa ladang ternakan mungkin dianggap remeh tetapi ia telah menjejaskan SSL yang hanya mencapai 98.2%.


"Apabila permintaan tinggi, tapi bekalan tak cukup, maka berlaku kekurangan sebagaimana yang kita hadapi sekarang.


"Namun masalahnya Menteri dan 2 Timbalannya buat apa?" tanya Sim lagi.


Tegas Jurucakap Parlimen bagi Pertanian dan Komoditi KEADILAN itu, tanpa keupayaan untuk menyelesaikan masalah biar pun telah dikritik oleh banyak pihak maka kerajaan BN - PN ketika ini terpaksa pasrah menerima cacian rakyat apabila bekalan ayam segar terputus.


Oleh itu, kata Sim, wajarkah rakyat diminta terus meninggu sedangkan mereka tidak mendengar apa apa formula penyelesaian daripada kerajaan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page