top of page

Putrajaya lulus 42 projek jalan di Kelantan - Nik Nazmi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 3, 2023
  • 1 min read


Kerajaan Perpaduan komited dalam mengurangkan jurang infrastruktur perhubungan jalan luar bandar dan wilayah dalam usaha untuk menoktahkan kemiskinan termasuk di negeri pembangkang.


Pengerusi Bersama Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Kelantan, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata kerajaan menerusi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah meluluskan 42 projek di Kelantan di bawah Program Jalan dan Jambatan Luar Bandar (JALB) termasuk projek menaiktaraf jambatan sempit.


Projek-projek tersebut akan dilaksanakan menerusi Rolling Plan Ketiga (RP3) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dengan melibatkan perbelanjaan berjumlah RM1.44 bilion

"Bagi tahun pelaksanaan 2023, sejumlah RM122.95 juta diperuntukkan untuk pelaksanaan projek seperti membina jalan dan jambatan dari Kampung Joh ke Kampung Belimbing dan Kampung Joh ke Kampung Kuala Sat serta pembinaan jalan dari Kampung Joh ke Kampung Mata Ayer, Machang.


"Ketiga-tiga projek JALB ini akan melengkapkan satu jaringan jalan alternatif luar bandar melibatkan jajahan Kota Bharu, Tanah Merah dan Machang," jelasnya.


Perkembangan tersebut dikongsikan Nik Nazmi pada sidang akhbar selepas melawat tapak projek pembinaan jalan Kampung Joh ke Kampung Belimbing, Tanah Merah di Kampung Joh, di Machang pada Ahad.


Sementara itu Nik Nazmi yang juga Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim memberitahu, bagi pembangunan di Jajahan Machang, Kementerian Ekonomi telah meluluskan sebanyak 19 projek bagi pelaksanaan di bawah RP3 RMK12 merangkumi peruntukan RM165.1 juta .


"Tekad dan komitmen kerajaan kepada rakyat dan negeri Kelantan dizahirkan melalui pelbagai projek dan program yang sedang dalam perancangan untuk dilaksanakan.


"Saya mengulangi komitmen bahawa kerajaan akan sentiasa cakna dan tidak akan meminggirkan pembangunan di Kelantan," katanya dipetik.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page