top of page

Puspakom nikmati 15 tahun lanjutan konsesi, tiada lagi hak eksklusif



Puspakom masih dibenarkan untuk menjalankan operasi seperti biasa malah diberi lanjutan 15 tahun lagi namun tiada hak eksklusif dibenarkan.


Hal tersebut dijelaskan Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook (PH - Seremban) dalam sidang Dewan Rakyat sesi petang.


Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Datuk Seri Shahidan Kassim (PN - Arau) berhubung tindakan kerajaan menarik balik hak eksklusif diberikan kepada Puspakom dalam pemeriksaan kelayakan kenderaan berada di atas jalan raya.


"Saya tahu apa ‘hujah’ yang cuba dibawa oleh Yang Berhormat Arau. Puspakom ini yang pertamanya, bukan ditarik balik (hak (eksklusif).


"Operasi Puspakom ini sebenarnya akan dilanjutkan. Konsesi 15 tahun akan diberikan kepada Puspakom untuk teruskan operasi mereka untuk 15 tahun lagi.


"Tetapi bezanya ialah, konsesi yang akan diberikan ini tiada lagi hak eksklusif yang sudah diberikan selama 30 tahun," katanya dalam perbahasan Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2023, pada hari terakhir.


Tambah Anthony, beliau menerima banyak rintihan dari pemandu-pemandu teksi yang terpaksa melalui proses Puspakom yang rumit kerana tidak banyak cawangan terutamanya di Sabah dan Sarawak. Juga terdapat rungutan pemandu terpaksa menunggu lama.


Maka dengan itu, kerajaan bersetuju membuka pasaran pemeriksaan kenderaan kepada pemain industri lain bagi perkhidmatan yang lebih produktif dan efektif.


Dalam pada itu Ahli Parlimen Seremban itu juga mempelawa Shahidan untuk membuka syarikat pemeriksaan kenderaan jika berminat bagi memudahkan lagi urusan para pemandu.


"Saya tahu Arau pernah memiliki syarikat Bernas dulu. Jadi, sekarang kita membuka peluang, kalau Arau minat untuk katakan terlibat dalam perindustrian pemeriksaan kenderaan ini, kita tak ada masalah. Boleh bagi kertas cadangan kita akan lihat.


"Tetapi sudah tentu kita akan berlaku adil kepada Puspakom. Apa sahaja syarat dikenakan kepada Puspakom akan juga dikenakan kepada mana-mana syarikat lain yang diberikan lesen untuk memeriksa kenderaan ini," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page