top of page

Pusat penyelidikan tawar latihan TVET baharu - PM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 hour ago
  • 1 min read

Perdana Menteri (PM) mengarahkan semua badan latihan serta penyelidikan kerajaan menyediakan program latihan bidang baharu kepada pelajar Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) terpilih bermula Julai depan.


Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi ucapan perasmian sambutan Hari TVET Negara 2026 di Putrajaya semalam berkata, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar diamanahkan untuk menyelaraskan inisiatif berkenaan.


"Sekurang-kurangnya 50 hingga 100 pelajar TVET di setiap institusi terpilih akan diberikan peluang latihan awal dalam bidang baharu dan berteknologi tinggi seperti kecerdasan buatan (AI) dan kripto.


"(Mereka) dipilih untuk menguasai bidang-bidang yang benar-benar baharu iaitu dalam AI, kripto serta peralihan tenaga," katanya dipetik.


Turut hadir pada sambutan tersebut ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta barisan menteri Kabinet.


Mengulas lanjut, Anwar yang juga Menteri Kewangan menegaskan, inisiatif berkenaan merupakan langkah tambahan kerajaan untuk mengangkat martabat graduan TVET, sekali gus menarik minat lebih ramai golongan muda menceburi bidang berkenaan.


"Pelajar TVET yang terpilih akan menjalani latihan dalam bidang baharu di pelbagai agensi antaranya Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) atau pusat latihan penyelidikan di bawah Majlis Sains Negara.


"Hal ini bermakna lulusan TVET yang tertentu, yang terpilih itu dengan sendirinya terangkat melebihi (memiliki nilai pasaran) daripada ijazah sarjana muda.


"Maka sewajarnya upah dan gaji mereka harus dipastikan lebih daripada apa yang diperoleh oleh mana-mana siswazah yang perolehi ijazah sarjana muda," tambah beliau.


Sementara itu Anwar berkata, peningkatan luar biasa TVET di Malaysia didorong oleh dasar kerajaan yang baik serta komitmen Ahmad Zahid selaku Pengerusi Majlis TVET Negara.


Lebih membanggakan jelasnya, TVET negara kini menjadi penanda aras di rantau ASEAN yang membuktikan kemampuan Malaysia mengangkat pendidikan itu secara meluas.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page