top of page

Pusat pengundian DUN Bukti Selambau tenang

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 12, 2023
  • 1 min read

Oleh: Abdullah Zaid


Suasana pada hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah dilihat tenang dan cerah pada pagi pengundian.


Tinjauan di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hwa Sungai Lalang mendapati suasana agak meriah dengan kehadiran para pengundi yang semakin bertambah daripada pelbagai kaum.


Setakat jam 9 pagi, trafik masih berjalan lancar walaupun agak perlahan di pusat-pusat pengundian di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau.


Kelihatan anggota keselamatan mengawal kenderaan dengan baik dan memberi keutamaan kepada pengundi golongan tua untuk memudahkan mereka masuk ke pusat pengundian.


Sementara itu, calon KEADILAN (PH) bagi kerusi tersebut, dijangka tiba pada pukul 10.00 pagi nanti bagi menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi di DUN Bukit Selambau.


Suasana di sekitar pusat mengundi, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hwa Sungai Lalang dilihat tenang

Turut kelihatan, kenderaan membawa pengundi ke pusat pengundian yang disediakan parti mengambil dan menurunkan pengundi di sini.


Pada PRN Kedah kali ini, menyaksikan seramai 81 calon bertanding membabitkan Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Parti Rakyat Malaysia (PRM), Perikatan Nasional (PN) serta calon Bebas.


Daripada jumlah itu, 10 calon daripada KEADILAN yang bertanding menggunakan logo Pakatan Harapan ialah Ahmad Fauzi Che (Kuah), Sabrina Ahmad (Jitra), Datuk Azhir Md Zain (Bukit Pinang), Zamri Yusof (Suka Menanti), Firdaus Johari (Gurun), Summugam Rengasamy (Bukit Selambau), Loh Wee Chai (Bakar Arang), Bau Wong Bau Ek (Sidam), Shamsul Anuar Abdullah (Lunas) dan Teh Lian Ong (Kulim).


Selain Kedah, pengundian berlangsung di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Terengganu dan Kelantan yang membuang undi bagi memilih parti yang akan menerajui negeri dalam lima tahun.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page