top of page

Pusat pengundian Cabang Hulu Selangor berpindah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 27, 2022
  • 1 min read


Pusat pengundian bagi Cabang KEADILAN Hulu Selangor telah dipindahkan dari Dewan Orang Ramai, Hulu Bernam ke lokasi baharu.


Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP), Dr Zaliha Mustafa berkata, lokasi baharu tersebut ialah di Dewan Orang Ramai Kalumpang, Kampung Pasir Putih.


"Terdapat pindaan pusat pengundian Cabang Hulu Selangor. Hal ini berikutan penilaian semula kesesuaian pusat pengundian terdahulu," katanya dalam kenyataan hari ini.


Pengundian Cabang Hulu Selangor diadakan pada esok pada 28 Mei 2022, mulai jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang dan di bawah pemerhatian koordinator negeri Mazli Saring.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page