Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 Pusat Khidmat Rakyat DUN Semerah dikunjungi orang ramai untuk memohon pelbagai bentuk bantuan.
Menurut ADUN Semerah, Khuzzan Abu Bakar, bantuan yang banyak diminta oleh penduduk dalam kawasan tersebut adalah barang keperluan harian.
"Hampir setiap hari, Pusat Khidmat Rakyat menerima laporan mengenai keluarga yang terputus mata pencarian
"Perkara ini amat menyedihkan apatah lagi ia membabitkan anak kecil dan keutuhan intitusi keluarga.
"Baru-baru ini, pusat khidmat menghulurkan bantuan bekalan makanan kepada 5 keluarga yang terjejas pendapatannya
"Mereka ini yang terdiri dari peniaga pasar malam, pekerja binaan dan juga pekerja warung, semuanya tidak dapat meneruskan kerja seperti dahulu," katanya.
Menurut Khuzzan lagi, pusat khidmat itu juga menghulurkan bantuan bekalan makanan kepada 2 orang yang mengalami masalah kesihatan.
"Namun perkara yang paling menghibakan, seorang bayi yang berumur 1 tahun 6 bulan, telah disahkan positif Covid 19.
"Keluarga dan bayi tersebut sedang menjalani kuarantin diri di rumah.
"Kita doakan mereka dan kita semua selemat hendaknya dalam menempuh hari mendatang," katanya lagi.
Comentarios