top of page

Pusat Khidmat Parlimen Wangsa Maju hantar makanan kepada keluarga dikuarantin

Updated: Jul 22, 2021


Kesukaran hidup keluarga yang dikuarantin mendapat perhatian Pusat Khidmat Parlimen Wangsa Maju.


Menurut Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan, Andre Lai yang juga Pegawai Khas Ahli Parlimen Wangsa Maju, pusat khidmat itu baru-baru ini menghantar bantuan kepada penduduk yang sulit mendapatkan bekalan makanan atau berada di rumah saudara mara mereka.


"Ramai pengundi Wangsa Maju, oleh kerana kesulitan Covid 19 terpaksa menetap di rumah saudara mara untuk mengurangkan risiko jangkitan. KEADILAN Wangsa Maju menjejak mereka ini, kebanyakkan tinggal sementara di kawasan berdekatan seperti Gombak dan Ampang.


"Ada daripada mereka yang juga telah dijangkiti dan dan kini berkuarantin sendiri," katanya.


Menurut beliau lagi, KEADILAN Wangsa Maju senantiasa bersedia untuk keadaan seperti itu.


Katanya, melalui aktivis KEADILAN tempatan seperti Puan May dan Vijendran, bantuan sering dihantar kepada penduduk yang terpaksa berkuarantin kendiri.


"Ramai daripada mereka ini dijangkiti Covid dari tempat kerja dan tidak sempat mendapat suntikan vaksinasi walaupun telah lama menunggu," katanya lagi.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page