top of page

Pusat Khidmat Parlimen Sungai Petani santuni gelandangan



Pusat Khidmat Parlimen Sungai Petani menyantuni gelandangan di bandar Sungai Petani.


Pegawai Khas pusat khidmat Dr Mohammed Taufiq bersama sukarelawan Parlimen Sungai Petani baru baru menggunakan peluang mendekati gelandangan untuk lebih mendekati dan mendengar sendiri luahan hati golongan yang memerlukan perhatian berkenaan.


"Banyak kisah suka serta duka yang dikongsi bersama.


"Paling menyedihkan dimaklumkan baru-baru ini terdapat seorang gelandangan yang diserang strok dan telah mengalami lumpuh pada sebelah bahagian badannya.


"Dalam kalangan pemandu teksi pula, mereka mengeluh dengan keadaan hari ini yang jauh berbeza dari dulu.

Dr Taufiq bertanya khabar kepada pemandu teksi

"Pendapatan mereka jauh berkurangan, ditambah pula terpaksa bersaing dengan perkhidmatan e-hailing yang banyak bercambah," katanya.


Selain itu, menurut Mohammed Taufiq kos sara hidup serta harga barangan yang tinggi menjadikan keadaan hidup mereka bertambah sukar.


"Dengan bantuan ini pihak Parlimen Sungai Petani berkongsi rezeki dengan mengagihkan makanan serta minuman kepada mereka.


"InshaAllah, golongan ini akan terus disantuni," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page