top of page

Pusat Khidmat Parlimen Sg Petani ubah nasib mualaf gelandangan



Pusat Khidmat Parlimen Sungai Petani berjaya mengubah nasib seorang mualaf gelandangan untuk mendapatkan pekerjaan tetap dan berkehidupan lebih baik.


Menurut Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul, pusat khidmatnya baru baru ini menjejaki mualaf bernama Mohd Shamsuddin @ Shamalan untuk diberi bantuan alat keperluan diri dan pekerjaan.


"Saya diberitahu beliau begitu bersungguh-sungguh mahu mengubah nasib diri menjadi lebih baik. Atas dasar itulah, pihak saya sedaya-upaya membantu sebaik mungkin.


"Saudara Mohd Shamsuddin telah dibawa oleh pasukan Pusat Khidmat Parlimen Sungai Petani bagi mengubah penampilan menjadi kemas, rapi serta tersusun. Pakaian dan keperluan barangan yang lain turut dibeli serta diberikan kepada beliau.


"Pihak kami juga berjaya mendapatkan Shamsuddin pekerjaan bagi mencari pendapatan di sebuah restoran berhampiran Taman Cindai Jaya, Batu Dua, Jalan Kuala Ketil, berhadapan Institut Tadbiran Awam Negara Wilayah Utara, Sungai Petani," katanya.


Sehubungan itu, Johari mengucapkan ribuan terima masih kepada pemilik "Restoran Nasi Ayam De' Sempoii" yang sudi bekerjasama bagi membantu dan menerima Mohd Shamsuddin bekerja d kedai itu.


"Buat Saudara Shamsuddin, selamat maju jaya saya ucapkan.


"InshaAllah, saya dan pasukan Pusat Khidmat Parlimen Sungai Petani sentiasa mendoakan yang terbaik buat beliau. Semoga usaha kecil bersama ini dapat membantu membina kembali hidup beliau menjadi lebih baik daripada sebelum ini," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page