top of page

Pusat Khidmat Parlimen Ledang anjur jual sayur-sayuran

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Dec 26, 2020
  • 1 min read


Pusat Khidmat Ahli Parlimen Ledang melangkah setapak ke hadapan dengan menganjurkan jualan sayur berharga rendah pada setiap minggu bagi membantu penduduk di kawasan sekitar.


Menurut Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh, jualan yang bermula jam 9.00 pagi setiap Ahad itu dilaksanakan di ruang kaki lima Pusat Khidmat dan mendapat sambutan menggalakkan penduduk setempat.


"Laman Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Ledang menjual sayur-sayur murah yang kita ambil dari pekebun-pekebun


"Kita maklumkan kepada mereka, kita ambil murah sebab rakyat akan dapat beli sayur dengan harga yang murah. Sambutan setakat ini baik. Kita jual sawi, bayam, kangkung RM3.00 seikat.


"Semua segar dari kebun dan kita ambil pagi-pagi. Kita buat kecil-kecilan, harap dapat laksanakan setiap seminggu hari Ahad di pusat khidmat ini," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page