
Kediaman penduduk yang dilanda banjir biasanya terdedah kepada kelembapan dan kuman yang membiak.
Sehubungan itu, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kluang dan KEADILAN Cabang Kluang menawarkan khidmat sukarelawan semburan sanitasi kepada kediaman mangsa banjir.
Menurut Setiausaha KEADILAN Cabang Kluang, Jaafar Matek, baru-baru ini unit sukarelawan itu telah melakukan sanitasi di Kampung Bentong Dalam selepas kediaman penduduk dibersihkan.
"Sukarelawan dari Parlimen Kluang mengadakan semburan sanitasi membunuh kuman kesan bencana banjir yang melanda Kampung Bentong Dalam.
"KEADILAN Kluang turut sama-sama membantu dengan saya sendiri berpakaian PPE membantu semburan sanitasi dari rumah ke rumah mangsa banjir," katanya.
Turut hadir Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi dan Ketua KEADILAN Cabang Kluang, Kalytas.