top of page

Pusat Khidmat DUN Anggerik anjur Kejohanan Badminton Beregu Lelaki

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Oct 17, 2023
  • 1 min read


Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kota Anggerik dengan kerjasama Pejabat Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor kelmarin menganjurkan Kejohanan Badminton Beregu Lelaki (Tertutup Bakat Baru) peringatt DUN, sempena Hari Sukan Negara.


Menurut kenyataan pusat khidmat berkenaan, kejohanan yang berlangsung di Dewan Jenjarum Seksyen 11 itu disertai oleh 32 regu yang terdiri daripada penduduk sekitar Shah Alam.


Kejohanan yang bermula dari 9:00 pagi hingga 6:00 petang itu dirasmikan oleh Ahli Dewan Anggerik, Najwan Halimi (gambar, berbaju ungu) yang berkata kejohanan tersebut merupakan sebahagian daripada usaha Kerajaan Negeri mencungkil bakat baharu, merakyatkan sukan badminton dan menyemarakkan budaya bersukan.


"Kerajaan Negeri sedang merancang agar kejohanan ini dibuka kepada beregu wanita, serta dijadikan acara tahunan dengan skala lebih besar pada masa akan datang," kata Najwan pada majlis tersebut.


Kejohanan yang menawarkan hadiah terkumpul sebanyak RM5,000 itu dimenangi oleh pasangan Hazrul Hafiq Idris, 22 dan Muhammad Hakim Safuan, 23.


Menurut kenyataan itu lagi, rata rata peserta berpuas hati dengan penganjuran kejohanan dan berharap program itu diteruskan menjadi acara tahunan di peringkat DUN Kota Anggerik.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page