top of page

Pusat Kerja dan Latihan Lembah Pantai atasi pengangguran era Covid 19



Mendepani masalah pengangguran yang kian kronik ketika pandemik Covid 19 belum berakhir, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lembah Pantai melancarkan Pusat Kerja & Latihan Lembah Pantai (PKLP) bagi memudahkan warga yang diberhentikan kerja mencari pekerjaan baharu.


Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pembantu Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil, PKLP yang dilancarkan pada 16 September lalu akan berperanan memadankan pekerjaan kepada warga Lembah Pantai dengan kerjasama perniagaan-perniagaan tempatan serta agensi-agensi kerajaan.


"PKLP telah beroperasi secara dalam talian sejak bulan Mei 2020 sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)


"Inisiatif ini akan berusaha untuk memadankan pekerjaan kepada warga Lembah Pantai yang memerlukan pekerjaan dengan kerjasama perniagaan, agensi kerajaan, Tabung Pembangunan Sumber Manusia dan Jabatan Tenaga Kerja.


"PKLP akan mengadakan bengkel-bengkel kemahiran hidup dan sesi-sesi latihan untuk meningkatkan kebolehkerjaan individu-individu yang bakal meraih manfaat dari program-program yang bakal dilaksana.


"Inisiatif ini juga berupaya menjadi platform untuk kerja-kerja penyelidikan, memandangkan data-data yang tersedia tidak dapat memberikan perincian dan fokus kepada golongan sasaran di dalam Lembah Pantai," kata kenyataan itu.


Ahli Parlimen Lembah Pantai merasmikan PKLP

Selain memadankan pekerjaan, kenyataan tersebut juga berkata, PKLP berpotensi membantu merentasi sempadan kesenjangan pendapatan dan kemiskinan dengan memperkasakan warga Lembah Pantai melalui skim pendidikan juga latihan bagi menghadapi pasaran pekerjaan yang semakin mencabar.


"Inisiatif-inisiatif di PKLP dijangka mempertingkatkan peluang kebolehkerjaan melalui langkah-langkah awal bagi mempersiapkan warga di sini setelah ekonomi negara dibuka semula apabila pandemik Covid-19 dapat diatasi kelak," kata kenyataan itu lagi.


Malaysia mencatatkan pengangguran menaik sepanjang era PKP dan PKP Pemulihan.


Berdasarkan kajian REFSA (Research for Social Advancement), kadar pengangguran di Malaysia mencapai 5.3% pada bulan Mei 2020, 4.9% pada Jun 2020 dan 4.7% pada Julai 2020.


Oleh itu, PKLP diharap mampu mengurangkan kadar penganguran dalam kalangan warga Lembah Pantai dan mengumpul pengalaman individu yang berjaya keluar daripada kepayahan ekonomi untuk dijadikan inspirasi kepada orang lain.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page