top of page

Pusat jagaan warga emas dijangkiti Covid: Kerajaan PN perlu lebih bertanggungjawab


Negara dikejutkan dengan laporan China Press 14 Jun lalu mengenai tragedi 37 orang penjaga dan penghuni warga emas di sebuah pusat jagaan warga emas tidak berlesen di Seremban didapati positif Covid-19 dengan dua daripada mereka meninggal dunia.


Menurut Pengarah Komunikasi Wanita KEADILAN, Loh Ker Chean, tragedi seumpama itu tidak seharusnya berlaku selepas setahun negara berperang dan berpengalaman menangani wabak Covid-19.


Katanya, hal itu juga membuktikan kerajaan gagal menepati janji untuk mengutamakan golongan warga emas di pusat jagaan dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Fasa 2 yang berlangsung antara April hingga Ogos.


"Wanita KEADILAN selama ini menggesa agar pelalian golongan warga emas perlu diutamakan, tanpa mengira sama ada mereka berada di pusat jagaan warga emas yang berlesen atau tidak, pada bulan pertama atau paling lewat bulan kedua setelah PICK Fasa 2 dilaksanakan


"Walaupun Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin pernah memberi jaminan bahawa tiada tindakan dikenakan terhadap pusat jagaan warga emas yang tidak berlesen tampil mendaftar menerima suntikan vaksin, melalui laporan media pada 18 Mei, perkembangan pemvaksinan di kalangan pusat jagaan dilihat masih lambat dan kurang berkesan.


"Tragedi yang berlaku di pusat jagaan warga emas di Seremban ini membukitkan strategi semasa yang dilakukan oleh kerajaan tidak berkesan. Adakah perlindungan terhadap penghuni warga emas daripada jangkitan Covid-19 di pusat-pusat jagaan tertentu tidak diutamakan hanya kerana ia tidak berdaftar dengan kerajaan?" tanya beliau.


Sehubungan itu, Ker Chean menggesa kerajaan menyemak keutamaan program vaksinasi negara dan melakukan langkah pembetulan bagi memastikan tragedi yang menimpa pusat jagaan warga emas di Seremban itu tidak berulang pada masa hadapan


Katanya, dalam hal itu, kerajaan boleh mewujudkan sebuah task force dengan libat urus semua wakil rakyat termasuk pihak pembangkang dari semua peringkat bagi mengenalpasti pusat jagaan warga emas yang tidak berlesen di kawasan masing-masing.


"Kerajaan perlu menggesa pemilik-pemilik pusat jagaan ini untuk tampil ke depan bagi mendaftarkan penghuni mereka menerima vaksin, dan memastikan kelangsungan PICK untuk golongan rentan ini.


"Kita semua memikul tanggungjawab untuk memastikan penghuni pusat jagaan warga emas ini dilindungi dengan vaksin dalam masa segera.

"Saya percaya semua wakil rakyat mampu bersama melaksanakan amanah ini demi menghargai warga emas yang telah banyak berjasa kepada negara," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page