top of page

Pusat Ekonomi Digital jayakan perniagaan PMKS



Pusat Ekonomi Digital (PEDi) yang berjumlah 911 di seluruh negara telah membantu pengembangan ekonomi digital, khususnya dalam kalangan Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS).


Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil berkata PEDi akan ditambah sebanyak 169 lagi sesuai dengan hasrat Perdana Menteri yang mahu setiap DUN mempunyai pusat berkenaan


Selain itu, katanya agensi di bawah KKD seperri Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) juga sedang berusaha membantu meningkatkan tahap digitalisasi perniagaan oleh para usahawan PMKS


Bantuan katanya dilakukan dengan Program 100 Go Digital dengan membuka peluang pemain PMKS ke pelbagai persatuan perniagaan seperti Malaysia Retail Chain Association (MRCA) danMalaysian Associated Indian Chambers of Commerce (MAICCI)


Juga Program Adaptasi Model Ekonomi Perkongsian yang mana MDEC memberikan kesedaran berhubung pelbagai perkhidmatan yang boleh diperolehi oleh PMKS seperti khidmat penghantaran, khidmat pekerja sementara dan pelbagai jenis perkhidmatan

yang boleh diperolehi menerusi platform-platform Ekonomi Perkongsian yang telah ditentusahkan.


Program eUsahawan turut memberi tambah nilai yang mana MDEC menyediakan modul latihan kendiri serta turut mengadakan latihan dan bimbingan kepada usahawan yang ingin memahami dan belajar penggunaan pelbagai teknologi media sosial bagi tujuan pemasaran produk dan perkhidmatan.


"Sehingga tahun 2022, sebanyak 35 lokasi di bawah PEDi di seluruh negara menawarkan latihan program eUsahawan.


"Pelaksanaan program eUsahawan akan terus diperluaskan secara berperingkat di lebih banyak lokasi PEDi termasuk kawasan Parlimen di luar bandar. Pada tahun 2023, disasarkan sebanyak 100 lagi lokasi PEDi bakal menawarkan program eUsahawan dengan melatih sebanyak 3,500 PMKS," kata Fahmi.


PEDi juga, katanya memperkenalkan satu inisiatif pendigitalan komprehensif yang dikenali sebagai Program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil (PUPUK) untuk memperkasa dan membantu usahawan setempat agar terlibat dalam ekonomi

digital dan menggalakkan penggunaan pendigitalan perniagaan.


"Bagi memantapkan lagi usaha ini, setiap PEDi telah melantik IKON Usahawan bagi menyokong untuk mengukuhkan peranan PEDi dalam memberi inspirasi dan memacu e-dagang dalam kalangan usahawan tempatan setempat.


"Di samping itu, SKMM bersama syarikat-syarikat telekomunikasi yang mengendalikan PEDi telah melantik 600 Rakan Digital PEDi, yang berperanan khusus bagi membantu usahawan setempat agar terlibat dalam ekonomi digital di bawah PUPUK," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page