top of page

Pupuk nilai, ihsan, rahmah kembalikan maruah bangsa - Anwar



Perutusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pertama pada Aidilfitri kali ini amat bermakna apabila beliau menyarankan agar rakyat memupuk nilai, ihsan dan rahmah untuk mengembalikan kegemilangan bangsa dan negara.


"Alhamdulillah kita berjaya menyempurnakan ibadah puasa pada bulan Ramadan Mubarak dan kini kita bakal menyambut Aidilfitri sesuai dengan tradisi dan budaya yang dipupuk oleh Islam - kesederhanaannya, silaturahminya serta mesti pertahankan tingkatan amal dan kebersihan jiwa yang cuba kita lakukan di bulan Ramadan.


"Saya juga ingin mengesyorkan semangat perpaduan, pengorbanan, daya juang itu dipupuk terus beserta sikap ihsan dan rahmah ditingkatkan kepada golongan masyarakat yang dhaif dan melarat serta mereka yang terpinggir tanpa mengira kaum," katanya dalam perutusan khas Hari Raya Aidilfitri.


Semua nilai baik itu kata Anwar telah ditempuh dalam latihan Ramadan dan waktunya umat Islam meneruskan pada bulan bulan seterusnya.


"Dalam tatakelolaa kerajaan perpaduan ini pun kami tegaskan untuk tetap tegas mengembalikan maruah dan integriti menolak sebarang keboborkan rasuah dan penyelewengan supaya nasib rakyat terjamin dan maruah bangsa akan dapat ditebus semula," katanya.


Justeru, Anwar mengucapkan selamat hari raya kepada seluruh rakyat Malaysia.


"Saya, Azizah dan keluarga ingin mengucapkan salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin buat seluruh rakyat Malaysia, termasuk yang bertugas dan berada di perantauan," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page