top of page

Pungutan zakat Wilayah Persekutuan cecah RM1.03 bilion



Oleh: Helmi Mohd Foad


Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) hari ini mengumumkan kutipan keseluruhan zakat RM1.03 bilion bagi tahun lalu iaitu peningkatan sebanyak 11 peratus berbanding RM937 juta pada tahun 2022.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata jumlah pembayar zakat pada 2023 juga meningkat sebanyak satu peratus kepada 1.85 juta orang berbanding 1.83 juta orang pada tahun sebelumnya.


Melalui kutipan tersebut, beliau menjelaskan zakat pendapatan menyumbang kutipan tertinggi iaitu RM702 juta atau 68 peratus diikuti zakat perniagaan sebanyak 16 peratus (RM165 juta) manakala selebihnya membabitkan zakat wang simpanan, zakat harta, fitrah, qada dan lain-lain.


"Saluran bayaran melalui potongan gaji menjadi pilihan utama pembayar yang telah menyumbang 50 peratus daripada keseluruhan kutipan iaitu sebanyak RM519 juta," katanya dipetik.


Hadir sama Pengerusi MAIWP Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar dan Pengerusi PPZ-MAIWP Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman dan pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP Datuk Mohd Nizam Yahya.


Mohd Na'im berkata saluran kaunter PPZ-MAIWP pula mengutip sebanyak RM175 juta, portal PPZ-MAIWP (RM132 juta) dan kutipan daripada ejen mencecah RM61 juta.


Ujar beliau kutipan wakaf tunai bagi tahun 2023 turut meningkat 162 peratus kepada RM6.64 juta dengan jumlah pewakaf seramai 14,635 orang berbanding RM2.53 juta pada tahun sebelumnya.


Daripada jumlah itu, kata beliau sejumlah RM4.5 juta dikutip melalui wakaf khas manakala bakinya RM2.1 juta daripada wakaf am.


Dari segi agihan zakat pula beliau memberitahu MAIWP telah menyalurkan dana zakat sebanyak RM952.27 juta kepada lapan kategori asnaf melalui pelbagai program termasuk skim bantuan zakat, al-Wakalah, institusi pendidikan dan kebajikan, prasarana umat Islam, perbelanjaan penyelenggaraan prasarana dan amil.


Mohd Na'im berkata pada tahun ini, MAIWP menyasarkan keseluruhan kutipan zakat dan wakaf tunai sebanyak RM1.12 bilion dengan jumlah bilangan pembayar 1.96 juta orang.

Sementara itu, Mohd Nizam berkata MAIWP telah menaikkan kadar bantuan barangan keperluan asasi daripada RM150 kepada RM300 sebulan berkuat kuasa bulan ini.


"Bantuan barangan keperluan asasi yang disalurkan menerusi aplikasi dompet elektronik pihak ketua keluarga adalah bantuan tambahan kepada wang tunai yang mereka terima.

"Kami menganggarkan lebih 30,000 keluarga akan mendapat manfaat daripada bantuan keperluan barangan asasi itu," katanya.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page