top of page

Pulau Tioman dilengkapi internet fiber optik di bawah JENDELA

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Feb 22, 2023
  • 2 min read


Pulau Tioman yang merupakan pulau pelancongan utama di Pahang telah berjaya dilengkapkan sepenuhnya dengan jaringan internet fiber optik melalui Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).


Menurut Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Fadzil, kementerian itu dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah selesai melengkapkan pulau Tioman dengan rangkaian gentian optik dasar laut.


Hal itu, kata beliau dipersembah maklumkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semasa melawat Pulau Tioman pada 19 Februari lalu.


Menurut Fahmi dalam kenyataannya, pelaksanaan rangkaian gentian optik dasar laut ke Pulau Tioman di bawah inisiatif Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) seliaan MCMC telah melengkapkan usaha penyediaan rangkaian gentian optik di seluruh kampung di pulau berkenaan.


"Projek membangunkan rangkaian gentian optik dari Kuala Rompin ke Kampung Tekek sejauh 75.2 km telah siap sepenuhnya pada bulan September 2018 dengan kos bernilai RM37.1 juta.


"Dengan adanya rangkaian gentian optik dasar laut itu membolehkan semua kampung di Pulau Tioman menikmati kemudahan Internet jalur lebar berkelajuan tinggi.


"Selain itu, saya telah dimaklumkan projek gentian optik Kg. Mukut sejauh 8.5 km yang menghubungkan rangkaian gentian optik dari Japamala ke Kg. Mukut melalui Kg. Nipah dan Kg. Sarang Burung dengan kos pelaburan RM2.2 juta telah dilaksanakan Telekom Malaysia (TM).


"Projek terbabit yang bermula pada bulan September 2022 siap pada bulan Disember 2022, dan kini menjadi pelengkap kepada semua kampung di Pulau Tioman dengan rangkaian gentian optik," katanya.


Tambah Fahmi, dalam era globlisasi yang mana internet merupakan sebahagian kemudahan asas, projek di Kg. Mukut sangat penting kerana menjadi pelengkap kepada usaha merangkaikan semua kampung di Pulau Tioman dengan rangkaian gentian optik yang merancakkan ekonomi digital komuniti serta industri pelancongan setempat.


Di bawah usaha yang sama, katanya, sebanyak 9 menara komunikasi perkhidmatan mudah alih juga turut dinaik taraf melalui perkongsian rangkaian yang mana perkhidmatan mudah alih daripada empat (4) penyedia rangkaian iaitu Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile telah tersedia di semua kampung kecuali di Kg. Sarang Burung yang akan siap pada bulan Mac 2023.


"Pelaksanaan ini telah menjadikan Pulau Tioman sebagai pulau pertama yang mempunyai 100% liputan 4G untuk semua Penyedia Perkhidmatan Mudah Alih utama pada akhir suku pertama tahun 2023.


"Saya berharap dengan semua kemudahan infrastruktur yang tersedia ini, para penduduk digalakkan untuk mendapatkan pakej langganan perkhidmatan yang bersesuaian dengan keperluan masing-masing bagi menikmati capaian internet berkualiti dan berkelajuan tinggi," katanya lagi.

Kommentare


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page