top of page

Pulau Pinang umum air percuma, rebat untuk pengguna



Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengumumkan inisiatif bagi mengurangkan impak kenaikan tarif air kepada penduduk di negeri itu.


Exco Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital Zairil Khir Johari berkata, sebanyak 10,000 liter air pertama bagi setiap bil dijadikan percuma bagi rakyat Pulau Pinang.


Inisiatif itu menurutnya akan dilaksana selama enam bulan dari Julai hingga Disember ini.


Dipetik laporan media, ADUN Tanjung Bungah itu turut memaklumkan, rebat sedia ada iaitu RM20 bagi isi rumah lapan individu atau lebih, dengan pendapatan bulanan RM2,250 dan ke bawah, diluaskan kepada isi rumah berpendapatan sehingga RM5,000 dan ke bawah.


Susulan langkah itu jelasnya, pengguna dalam band pertama hanya perlu membayar RM6.20 untuk dua bulan, berbanding RM12.40.


Manakala pengguna dalam band kedua yang dibil RM30 contohnya hanya perlu membayar RM RM23.80 untuk dua bulan, katanya.


Melalui kadar baharu yang diumumkan awal tahun ini, kadar air domestik ditetapkan pada 62 sen untuk 20 meter padu pertama (naik 182% daripada 22 sen), RM1.17 untuk band kedua (20 meter padu ke atas hingga 35 meter padu (naik 154% daripada 46 sen), dan RM2.07 untuk band ketiga (melebihi 35 meter padu).


Kadar untuk band pertama tidak dikaji semula selama 31 tahun manakala kadar untuk band lain tidak disemak sejak sembilan tahun lepas.

0 comments

Komentarze


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page