top of page

Pulau Pinang tegas urus kes disiplin babit penjawat awam

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 23 minutes ago
  • 1 min read
Chow Kon Yeow bertemu media selepas merasmikan pembukaan perpustakaan digital baharu di Nibong Tebal
Chow Kon Yeow bertemu media selepas merasmikan pembukaan perpustakaan digital baharu di Nibong Tebal

Kerajaan Negeri Pulau Pinang menegaskan, semua agensinya mematuhi prosedur disiplin yang ditetapkan secara ketat dalam mengendalikan kes-kes melibatkan penjawat awam.


Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, integriti penjawat awam negeri itu kekal menjadi keutamaan, dan sebarang kes disiplin akan dirujuk kepada jawatankuasa berkenaan serta diurus mengikut protokol standard.


"Kerajaan Negeri atau mana-mana badan awam memang ada prosedur disiplin. Sekiranya perlu berhadapan dengan kes-kes berbangkit, untuk menguruskan kes-kes tersebut akan rujuk kepada jawatankuasa disiplin," katanya dipetik.


Terdahulu, beliau merasmikan pembukaan perpustakaan digital baharu di Nibong Tebal dan diminta mengulas mengenai serbuan di sebuah pusat kesihatan dipercayai menjadi lokasi aktiviti seksual songsang di Chow Kit, Kuala Lumpur baru-baru ini.


Dalam serbuan pada 28 November itu membawa kepada penahanan kira-kira 200 individu, termasuk dua pegawai kerajaan negeri.


Sementara itu Chow menekankan, tindakan disiplin bukan sahaja terpakai kepada penjawat awam, tetapi rakyat juga harus peka dan mengelak terlibat aktiviti sedemikian.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page