top of page

Pulau Pinang PH - BN lepasi majoriti mudah

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Aug 12, 2023
  • 1 min read


Pulau Pinang yang dijangka tidak mengalami kesukaran untuk Pakatan Harapan (PH) kembali berkuasa telah melepasi majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.


Keputusan tidak rasmi menunjukkan PH - BN telah mendapat 23 kerusi berbanding PN 7 kerusi.


Pulau Pinang memerlukan 21 kerusi untuk membentuk kerajaan daripada 40 kerusi DUN keseluruhan.


Dengan itu keputusan Pilihan Raya Negeri secara keseluruhannya PH - BN telah berjaya membentuk kerajaan di Negeri Sembilan dan Pulau Pinang. Sementara PN berjaya membentuk kerajaan di Kelantan, Terangganu dan Kedah.


Keputusan PRN Selangor masih dikira namun dijangka PH - BN akan melepasi angka 29 kerusi bagi mendapat majoriti mudah.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page