top of page

Pulau Pinang komited perkasa pembangunan belia - Exco negeri

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 12
  • 1 min read

Daniel Gooi dalam Majlis Penyerahan Dana Pembangunan Belia Tahun 2025
Daniel Gooi dalam Majlis Penyerahan Dana Pembangunan Belia Tahun 2025

Kerajaan Pulau Pinang telah meluluskan Dana Pembangunan Belia sebanyak RM77,300 untuk tahun ini sebagai usaha memperkasakan golongan berkenaan.


Exco Belia, Sukan dan Kesihatan negeri Daniel Gooi Zi Sen berkata, dana tersebut yang diserahkan kepada 41 persatuan belia di seluruh negeri di harap dapat melaksanakan program yang bersifat inklusif, progresif dan memberi impak positif kepada komuniti.


"Dana yang diperkenal sejak 2024 ini untuk pelaksanaan program yang merangkumi pelbagai aspek seperti kemahiran, kebolehpasaran, kesukarelawanan, kepimpinan, pengiktirafan serta aktiviti berpersatuan yang mampu membawa impak langsung kepada komuniti belia


"Semua pertubuhan belia yang menerima dana supaya menggunakannya dengan strategik, telus dan berimpak untuk memastikan pembangunan belia yang lestari," katanya dipetik.


Terdahulu beliau hadir ke Majlis Penyerahan Dana Pembangunan Belia Tahun 2025 di Bangunan Komtar, Georgetown pada Ahad.


Sementara itu Gooi turut berkongsi bahawa, berdasarkan data Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY), 52% pemegang jawatan dalam pertubuhan belia di Pulau Pinang berumur bawah 30 tahun, menunjukkan pertubuhan belia di negeri itu benar-benar digerakkan oleh golongan muda.


Justeru beliau yakin, dengan kerjasama dan kesungguhan pelbagai pihak, ekosistem belia yang lebih progresif, inklusif dan berdaya saing dapat diwujudkan di negeri itu.


"Belia bukan sekadar kumpulan sasaran tetapi rakan strategik dalam menjayakan aspirasi negeri, kita kekal mendukung agenda pembangunan dan menyediakan sokongan kewangan kepada pertubuhan belia," tambahnya.

1 Kommentar


Sulaiman Japar
Sulaiman Japar
12. Mai

Suarakeadilan memberitakan yang telus dan berkualiti. Terus maju.

Gefällt mir

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page