top of page

Pulau Banggi dibangunkan: PM umum peruntukan RM33 juta

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read
DS Anwar bersama penduduk tempatan di Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Penduduk Banggi
DS Anwar bersama penduduk tempatan di Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Penduduk Banggi

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan khas lebih RM31 juta bagi memacu pembangunan Pulau Banggi di Sabah.


Menerusi ucapan pada Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Penduduk Banggi pada Sabtu, beliau menjelaskan peruntukan tersebut bakal disalurkan menerusi Kerajaan Persekutuan dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri.


Beliau yang juga Menteri Kewangan turut menegaskan, peruntukan yang disalurkan bertujuan memastikan penduduk di pulau tersebut tidak tercicir daripada arus pembangunan negara.


"Peruntukan ini bagi pembangunan jalan raya, jambatan, kesihatan, pendidikan, keselamatan serta kemudahan jeti.


"Antara projek terlibat termasuk naik taraf jalan dan jambatan di Kampung Limbuak Laut, Kapitangan, Damaran dan Bayangan Laut, selain penambahbaikan Balai Polis Pulau Banggi serta fasiliti di Klinik Kesihatan Karakit.


"Peruntukan turut meliputi projek menaik taraf asrama sekolah di Pulau Banggi dan Pulau Balambangan, pelaksanaan projek keselamatan dan pertahanan oleh Kementerian Pertahanan serta naik taraf Jeti Awam Karakit kepada terminal feri," katanya.


DS Anwar sempat menyapa kanak kanak dan bertanya khabar
DS Anwar sempat menyapa kanak kanak dan bertanya khabar

Pulau Banggi terletak di utara Sabah merupakan pulau terbesar di Malaysia dengan keluasan 440.7 km dan terkenal dengan keindahan alam semula jadi.


Dianggarkan mempunyai populasi sehingga 30,000 penduduk. Majoriti penduduk terdiri daripada etnik Bajau Ubian, Dusun Bonggi, Kagayan, Molbog/Balabak, dan Suluk yang kebanyakkan mereka bekerja sebagai nelayan.


Sementara itu Perdana Menteri turut mengumumkan sumbangan tambahan sebanyak RM1.25 juta yang akan diselaraskan agensi di bawah Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bagi pelaksanaan program pendidikan, pengupayaan institusi, teknologi hijau, kesihatan dan pembangunan insan.


Kerajaan turut meluluskan peruntukan RM1 juta bagi menaik taraf jeti di Kampung Dogoton untuk kegunaan penduduk dan agensi penguat kuasa.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page