PSC ditangguhkan lagi: Azam Baki kebal?



Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) mengenai Kewangan dan Ekonomi yang dijadual memanggil Suruhanjaya Sekuriti (SC) bagi mendapatkan penjelasan berkenaan kes pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki ditangguhkan semalam.


Ini kali kedua PSC ditangguhkan selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri telah ditangguhkan bulan lalu.


Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, Akmal Nasir tertanya tanya adakah Azam memiliki kekebalan sehingga semua jawatankuasa khas dan pihak berkuasa seolah olah 'tergendala' dalam menyiasat kes beliau?


"Apa cerita akaun abang tu, macam mana pula dengan kes Azam Baki sekarang ni? Krik krik je.


"Dengar cerita mesyuarat Jawatankausa Khas Parlimen yang dijadualkan untuk tengok akaun saham beliau telah ditangguhkan tanpa sebab. Ini kali kedua mesyuarat PSC ditangguhkan. Kebal betul dia ni.


"Perdana Menteri mana pula? Lama tak nampak dalam isu ini. Seronok betul dia ini. Selepas satu Malaysia marah pasal kes ini, anak muda turun tunjuk batahan untuk desak undur Azam Baki tetapi tak jadi apa apa. Apa benda ni?


"Kuasa "avengest" mana yang lindungi dia untuk kekal berkuasa di sana. Yang paling kita kecewa kerajaan dilihat tidak bersungguh sungguh untuk pulihkan imej SPRM," katanya.


Ahli Parlimen Johor Bahru yang berjanji akan mendedahkan pada setiap hari kecurangan kerajaan BN menjelang Pilihan Raya Negeri Johor itu terus mendesak jawapan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai institusi yang dipermainkan di negara ini.


Beliau juga menyeru rakyat Johor agar mengalahkan BN dalam PRN untuk memberi isyarat pengundi muak dengan perangai korup pemimpin BN.


"Mana perginya kebertanggungjawaban PM, Menteri Undang undang, kabinet tatkala imej SPRM retak menanti belah? Kumpulan NGO, parti politik, individu tampil membuat desakan PM kita buat tak kisah. Nak bagi lagi muka kat dia, kluster mahkamah, jangan ingat kita dah lupa kes integriti ini.


"Sebagai rakyat Malaysia, orang Johor perlu tuntut, desak, lawan penyelewengan. Lawan rasuah, lawan korupsi. Yang penting kita jangan mengalah dan give up, bangkit lawan korupsi ini," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER