top of page

PSB: Kerajaan bantu Melayu bandar nikmati kemudahan perumahan terbaik

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 5
  • 2 min read


Oleh: Akmal Manaf


Pihak yang mengkritik dan menentang inisiatif Pembaharuan Semula Bandar (PSB) oleh Kerajaan MADANI perlu bermuhasabah diri.


Menurut Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail, usaha kerajaan mewujudkan PSB telah mengambil kira kebajikan rakyat. Sementara pembangkang yang mengkritik atau membuat bantahanm pula hanyalah untuk mendapatkan kelebihan politik di atas isu yang menaikkan sentimen Melayu.


''Pengkritik harus bermuhasabah diri dan bertanya sama ada mereka benar-benar membantu isu ini atau hanya mencari isu untuk dibangkitkan.


''Penunjuk perasaan seperti Pemuda Pas membantah PSB dengan mendakwa mempertahankan hak Melayu.


''Tetapi apa yang sebenarnya mereka lakukan adalah menghalang kemajuan apabila kerajaan cuba membantu orang Melayu bandar yang telah dibiarkan menderita dalam kemiskinan di bawah pentadbiran terdahulu.


''Ironinya Pas sendiri tidak ada rekod membantu orang Melayu bandar,'' katanya yang mengecam tindakan parti pembangkang dalam satu kenyataan.


Rodziah berpendapat, PSB merupakan jalan terbaik untuk menghidupkan semula pusat bandar, terutamanya di kawasan yang mempunyai infrastruktur yang semakin menua.


Beliau yang juga Ketua Cabang KEADILAN Shah Alam berkata, PSB akan membolehkan penstrukturan dan perancangan yang lebih baik dalam pembangunan bandar.


''Ini akan membolehkan akses yang lebih baik kepada sistem pengangkutan awam yang dipertingkatkan dan institusi utama seperti hospital dan sekolah, pada masa yang sama meningkatkan perkhidmatan masyarakat dan meningkatkan peluang pekerjaan.


''Objektif kerajaan adalah untuk menambah baik kehidupan rakyat dengan menyediakan rumah yang lebih besar dan selesa untuk penduduk bandar khususnya masyarakat Melayu.


''Saya menantikan PSB diluluskan di Parlimen kerana terdapat banyak rumah pangsa kos rendah yang rosak dan reput di kawasan saya di Ampang,'' katanya lagi.


Pada 25 Februari lalu, Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tidak timbul isu pengusiran kepada pemilik asal hartanah secara paksa dibawah Rang Undang-Undang (RUU) PSB.


Sebaliknya tegas Presiden KEADILAN itu, kerajaan memberi jaminan status pemilik asal hartanah tanpa mengira kaum tidak berubah dan diberi hak yang sepatutnya.

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page