top of page

PRU15, Masa Untuk Politik Baharu

  • Writer: Abdul Rahim Razak
    Abdul Rahim Razak
  • May 30, 2021
  • 1 min read

Aktivis KEADILAN Datuk Hans Isaac berkata, tiba masanya Malaysia bergerak ke arah politik baharu.


Hal itu, antara sebab mengapa beliau menceburkan diri dalam politik. Katanya, terdapat ahli politik veteran yang tidak buat kerja dan suka komen. Sedangkan rakyat mahukan ahli politik yang membuat kerja di kawasannya


Beliau juga mengharapkan politik baharu tidak lagi ke arah menyerang peribadi dan lebih kepada berbincang antara ahli politik berlainan parti untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan membangunkan negara.


Hans mengharapkan ahli politik generasi baharu tidak terikut-ikut dengan generasi lama dan bersikap lebih terbuka.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page