top of page

PRU waktu banjir atau tidak bahas sempurna Belanjawan 2023, tidak bertanggungjawab



Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 yang didakwa akan dilangsungkan pada musim banjir November ini amatlah tidak bertanggungjawab, apatah lagi sekiranya dipanggil sebaik sahaja Belanjawan 2023 dibentang di Dewan Rakyat tanpa sempat dibahaskan.


Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata demikian dalam sesi Hard Talk Kerusi Hangat: "Kekalahan PH Di Melaka, Johor: Yakinkan Umno Menang PRU 15?", malam tadi.


Katanya, PRU ketika banjir lebih kurang sama keadaan seperti Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tahun lalu yang dilakukan dalam suasana pandemik Covid 19 masih belum reda.


Perjalanan PRN itu amat dibantah oleh rakyat kerana calon bertanding tidak boleh berkempen atau berkenalan secara dekat.


PRU dalam keadaan banjir, katanya, akan mempunyai kekangan hampir serupa dan tidak kondusif untuk rakyat memilih dengan saksama.


"Dalam konteks PRN Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor begitu menarik dilihat dari sudut Umno dan BN. Di Melaka dan Johor (yang mana BN menang besar) sampai Presiden Umno baru baru ini kata dia sanggup meredah banjir. Dia nak PRU segera sampai hilang rasional dan pemikiran waras beliau.


"Saya ingat waktu kempen PRN Melaka, saya waktu itu baru lepas kena Covid dan kita faham pola pemikiran pengundi bandar dan sub bandar (yang takut keluar mengundi). Maka peratusan keluar mengundi begitu lemah kerana ketakutan rakyat ketika itu real.


"PRN pula tidak boleh berkempen secara fizikal. Apakah ketika itu perlu PRN? Pada saya waktu itu TYT Melaka (lebih baik) ambil sikap seperti Yang di-Pertuan Agong tidak buat pilihan raya (bila kerajaan PH tumbang pada 2020), tidak perlu adakan pilihan raya," katanya.


Bagaimanapun, Shamsul bersetuju Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob boleh membubarkan Parlimen pada bila bila masa, malah sehari selepas beliau membentangkan Belanjawan 2023 sekali pun.


Malah katanya, hal itu pernah berlaku pada 1999 apabila Belanjawan 2000 dibentangkan pada hari Jumaat dan tidak lama selepas itu PM Tun Mahathir Mohamad membubarkan Parlimen untuk memanggil PRU pada hujung November.


Namun, kata Shamsul, PRU dalam situasi seperti itu amat tidak bertanggungjawab kerana kerajaan baharu yang dilantik selepasnya terpaksa meluluskan belanjawan dalam tempoh beberapa hari sahaja, tidak selepas 2 minggu perbahasan sebagaimana sepatutnya.


"Kalau Ismail Sabri mengikut (PRU) 1999 di mana ketika itu PM bentangkan belanjawan pada hari Jumaat dan bubar dewan keesokkan harinya, saya tidak fikir itu formula yang baik.


"Bermakna kita tidak serius berbahas dan mendengar pandangan Ahli Parlimen


"Pada 1999, selepas PRU Umno dapat kemenangan dan (apabila sidang dewan pertama) peraturan mesyuarat Parlimen terpaksa digantung (pembukaan sesi baharu oleh Agong) untuk membenarkan perbahasan belanjawan dibuat dalam 4 hari dan luluskan. Ini sangat tidak bertanggungjawab," katanya.


Mengulas lanjut mengenai kegagalan Pakatan Harapan menjadi kerajaan selama 22 bulan pula, Shamsul menekankan mana mana kerajaan di dunia diberi tempoh 5 tahun untuk menunaikan janji manifestonya.


Hanya kerajaan PH, katanya, yang diadili selepas 22 bulan menjadi kerajaan.


"Dalam mana mana negara pun kita mempunyai masa 4 - 5 tahun untuk menyempurnakan janji.


"Dalam konteks ini kita bertahan 22 bulan. Tidak adil katakan 22 bulan itu tidak tunaikan janji. Pada saya, mana mana kerajaan sekali pun mereka perlukan tempoh matang dalam menyempurnakan janji ini


"Konteks mikro, misalnya Melaka saya berbangga katakan kita telah berjaya tunaikan hampir 70% daripada yang kita janjikan. Di pusat kita tidak memenuhi sepenuhnya kerana ada pihak yang khianat. Adakah adil kita labelkan PH dengan segala gelaran?


"Ingin saya beritahu, kita telah selesaikan 40 - 50% janji (peringkat pusat)," katanya.


Namun, tegas Pengerusi Biro Antarabangsa KEADILAN itu, PH cukup kreatif kemudiannya untuk mematikan tuduhan 'kencing hancing' BN dan Pas itu dengan mengadakan Memorandum Kerjasama (MoU) bersama Kerajaan Persekutuan pada September 2021.


Melalui MoU, katanya, manifesto yang belum dilaksanakan oleh PH telah berjaya ditunaikan sebahagian besarnya.


"Bila kita jadi pembangkanag ada moment untuk kita rangka satu MoU dengan kerajaan. Di situ kita masukkan agenda yang kita belum sempurnakan waktu menjadi kerajaan.


"Kita mengambil sikap untuk meletakkan beberapa isu penting seperti Akta Anti Lompat Parti misalnya untuk (dijadian agenda utama dan) diluluskan, di peringkat awal kita juga pernah minta kerajaan luluskan RM10 bilion untuk bantuan Covid.


"Dengan MoU itu rakyat boleh menilai, kalau kita jadi kerajaan kita tidak perlu MoU dan boleh buat banyak lagi untuk mentadbir dengan berkesan," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page