PRU segera untuk kestabilan politik: Belum tentu BN mampu menang besar - Syed Ibrahim



Seruan Presiden Umno, Datuk Seri Zahid Hamidi dan beberapa pimpinan utama parti itu agar diadakan Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 segera tidak lebih daripada sekadar modal politik untuk memastikan kerajaan BN kukuh menghadapi ketidaktentuan yang mungkin ditimbulkan sekutunya.


Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Johor, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, secara umum rakyat tidak melihat wujud 'kestabilan politik' sekiranya diadakan PRU segera.


Malah, katanya rakyat Johor yang dipaksakan untuk mengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) awal tahun ini juga tidak melihat sebarang perubahan besar setelah BN diberi mandat 2/3.


Oleh itu, katanya, rakyat Malaysia juga tidak akan mendapat nikmat yang lebih baik sekiranya PRU 15 diadakan lebih awal berbanding menunggu sehingga tamat penggal pada Mei 2023.


"Dalam hal PRU, BN sedar bahawa suasana sekarang amat sesuai untuk memastikan kemenangan mereka. Suasana di mana rakyat kurang berminat untuk keluar mengundi akibat kelesuan gelagat politik dan keperitan hidup.


"Dalam keadaan begini, dengan pengundi tegar mereka, BNlah yang paling untung. Tiada kaitan dengan kestabilan politik sama sekali. Malah perebutan kuasa antara parti pemerintahlah yang menyebabkan ketidakstabilan politik.


"Bolehkah kita percaya jika BN mendapat mandat dalam PRU-15 ini maka politik akan stabil?" tanya Syed Ibrahim.


Bagi Ahli Parlimen Ledang itu, selepas PRU 14 keadaan politik Malaysia tidak lagi sama.


Keengganan pengundi Atas Pagar keluar membuang undi pada PRN Johor baru baru ini, menurut beliau, menyebabkan situasi politik tidak boleh disamakan lagi di peringkat nasional.


Ditambah pandemik Covid 19 bukan lagi ancaman, katanya, terdapat kemungkinan pengundi lebih ramai menunaikan tanggungjawab mereka dan BN tidak boleh mengharapkan kemenangan mudah.


Katanya, lebih baik BN bersedia menghadapi kematangan politik rakyat daripada mendesak diadakan PRU segera


"Saya percaya lanskap politik negara telah berubah sejak PRU-14. Tiada mana-mana blok yang besar mudah mendapat 2/3 jika padang sama rata.


"Justeru, soalnya bukan kestabilan politik tetapi kematangan politik. Tidak mengamalkan politik sempit dan perkauman yang melampau," katanya.


Terdahulu, Zahid Hamidi berkata sinis minggu lalu kononnya pembangkang takut menghadapi PRU 15 dan mencari pelbagai alasan untuk menangguhkan pilihan raya


Namun tanggapan itu dinafikan pembangkang dengan hujah kerajaan perlu memperbaiki ekonomi rakyat terlebih dahulu sebelum sibuk untuk merebut kuasa.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER