top of page

PRU musim tengkujuh: Pantai Timur paling sensara



Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 yang akan diadakan secara meredah banjir menimbulkan kekhuatiran bagi penduduk di Pantai Timur Semenanjung.


Menurut KEADILAN Kemaman, banjir bukanlah musim yang sesuai untuk membuang undi, malah keputusan Umno untuk meneruskan PRU pada musim tengkujuh memperlihatkan watak sebenar pemimpin parti itu yang gila kuasa.


"Keputusan Majlis Kerja Tertinggi Umno mahu mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 dalam masa terdekat membuktikan parti tersebut rakus untuk berkuasa tanpa mempedulikan denyut nadi rakyat.


"Keputusan tersebut disampaikan melalui kenyataan media selepas mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Umno (Jumaat lalu).


"Justifikasi pilihan raya ini adalah untuk memulangkan mandat rakyat adalah retorik murahan untuk menutup kelakuan sebenar Umno yang tidak bertanggungjawab dan hanya memikirkan untuk kekal berkuasa," kata Biro Komunikasi dan Penerangan Cabang Kemaman dalam satu kenyataan.


Menurut kenyataan itu lagi, Umno seharusnya memikirkan rakyat yang masih belum pulih ekonominya dan terpaksa pula berhadapan kerugian banjir, pada masa sama diarah memilih parti memerintah untuk 5 tahun ke hadapan.


"Bayangkan Kemaman merupakan antara daerah yang sentiasa dilanda banjir ketika musim tengkujuh. Rakyat sekarang lebih memikirkan persediaan untuk menghadapi banjir berbanding pilihan raya .Di sini jelas Umno telah putus daripada denyut nadi rakyat," kata kenyataan itu lagi.


Bagi KEADILAN Kemaman, kata kenyataan itu lagi, jika parlimen dibubarkan KEADILAN akan menyahut semboyan pilihan raya dengan penuh tekad dan usaha justeru menghumban golongan rakus kuasa ini demi melindungi dan mempertahankan rakyat seterusnya menjulang keadilan dan kesaksamaan untuk semua warga Malaysia

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page