top of page

PRU fakta lawan fakta, bukan jadi gangster



Percubaan mengugut atau bertindak ganas terhadap lawan politik tidak wajar dilakukan dalam pilihan raya.


Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Chua Wei Kiat berkata demikian selepas kereta beliau dibaling batu semalam ketika menghadiri satu program Kerajaan Negeri Selangor.


"Ada seorang penunggang motorsikal baling batu bata di kereta saya.


"Kejadian berlaku di Kampung Lee Kim Sai waktu saya pergi buat lawatan ke program Jualan Ehsan Selangor.


"Saya syaki ada unsur politik yang cuba menganggu kerja-kerja hakiki saya sebagai ADUN," katanya.

Kerosakan pada kereta Chua Wei Kiat

Tegas Ahli Dewan Negeri Rawang itu, perbuatan gangster sepatutnya sudah tidak diamalkan selepas 60 tahun Malaysia merdeka dan parti parti politik seharusnya lebih bertamadun.


"Perkara seperti perbuatan gangster atau vandalisme sepatutnya sudah tidak diamalkan


"Saya tidak akan biarkan perkara ini berlalu begitu sahaja, saya akan buat report polis dan saya gesa pihak polis untuk lakukan siasatan segera," katanya.


Justeru, menjelang hari mengundi dan suasana diramal akan menjadi lebih panas, Wei Kiat menyeru agar budaya politik nilai diamalkan menggantikan budaya politik kasar dan provokasi


"Kita bawa budaya politik nilai dan bukannya budaya vandalisme.


"Ayuh kita ubah Malaysia ke negara yang baru," katanya dalam catatan di Facebook.


Beliau telah membuat laporan polis semalam berhubung insiden baling batu dan kerosakan ke atas keretanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page