top of page

PRU-16 bukan keperluan, Kerajaan Perpaduan ada majoriti kukuh - SEKPUR

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • 5 hours ago
  • 2 min read

Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat (SEKPUR) menolak sebarang desakan untuk mempercepatkan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16, sambil menyifatkannya sebagai agenda terdesak pihak tertentu yang kehilangan sokongan politik.


Pengerusi Biro Politik SEKPUR, Shahbudin Embun berkata gesaan tersebut bukanlah tuntutan rakyat mahupun keperluan negara kerana Kerajaan Perpaduan hari ini amat kukuh di Dewan Rakyat, sebaliknya didorong oleh kepentingan politik sempit pihak pembangkang.


"Ini bukan tuntutan rakyat. Ini bukan keperluan negara. Ini adalah agenda terdesak golongan politik yang ketandusan sokongan dan kehabisan relevansi," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut beliau, pendirian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk terus memberi fokus kepada tadbir urus negara adalah langkah tepat dan mencerminkan kepimpinan yang berprinsip.

Shahbudin Embun
Shahbudin Embun

Katanya, Kerajaan MADANI ketika ini memiliki majoriti dua pertiga yang memberikan mandat padu serta menjamin kestabilan politik negara.


"Jadi persoalannya mudah, mengapa perlu PRU jika kerajaan stabil? Mengapa perlu ganggu negara jika ekonomi sedang pulih?" tanyanya.


Beliau mendakwa terdapat pihak tertentu yang cuba mewujudkan ketidaktentuan politik kerana bimbang kehilangan peluang untuk kembali berkuasa.


"Mereka tahu, selagi negara stabil dan ekonomi bertambah baik, ruang untuk mereka kembali berkuasa semakin sempit. Lantaran itu, mereka cuba mencipta ketidaktentuan politik sebagai jalan pintas untuk terus relevan," katanya.


Sehubungan itu, SEKPUR memberi amaran bahawa sebarang usaha memaksa PRU dalam keadaan semasa merupakan tindakan yang boleh menjejaskan kepentingan negara.


"Ketika pelabur kembali yakin, pasaran menunjukkan pemulihan dan rakyat mula menikmati kestabilan, ada pihak yang sanggup mempertaruhkan semua ini demi kelangsungan politik mereka sendiri. Ini tidak boleh diterima," tegasnya.


Tambah beliau, rakyat kini semakin matang dan mampu menilai pihak yang benar-benar bekerja berbanding mereka yang hanya mencetuskan ketegangan politik.


SEKPUR, katanya, akan terus berdiri bersama kerajaan dalam mempertahankan kestabilan negara dan menggesa semua pihak menghentikan polemik berkaitan PRU awal.


"Malaysia tidak perlukan pilihan raya segera. Malaysia perlukan kepimpinan, kestabilan dan keberanian untuk terus membina masa depan. Dan itu sedang dilakukan sekarang," katanya lagi.


Untuk rekod, spekulasi bertiup kencang Perdana Menteri mungkin membubarkan parlimen untuk melaksanakan PRU ke 16 serentak dengan Pilihan Raya Negeri Johor dan Negeri Sembilan.

1 Comment


yaqian zhang
yaqian zhang
2 hours ago

The best thing about Drive Mad is the constant sense of progress. Even failed attempts help you understand the track a little better.


Like

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page