top of page

PRU 15: Tentukan PM, kejayaan perang lawan korupsi - Anwar



Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 akan mencatat rekod sebagai satu satunya pilihan raya yang lebih cenderung memilih Perdana Menteri (PM) kerana terlalu sedikit Dewan Undangan Negeri yang dibubarkan.


Oleh itu, pertandingan hanya bertumpu di peringkat nasional untuk memilih calon PM di antara BN, PN dan Pakatan Harapan (PH).


Untuk itu Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ceramah Jelajah Harapan Sarawak malam tadi mahu rakyat menilai calon PM yang benar benar layak tanpa terlalu terikat dengan kerajaan di peringkat negeri.


"Saya tegaskan satu tema yang diucapkan kawan kita. Ini bukan soal tukar PM, wakil rakyat, Ahli Parlimen, bukan.


"Kerajan kita dah tukar banyak kerajaan, PM macam itu juga. Tak ada perubahan. Yang berubah orang. Daripada Muhyiddin ke Ismail Sabri, dasar sama, perangai sama, barang hilang sama, sikap sombong sama.


"Kalau tukar dan InshaAllah kita perintah dengan kekuatan PH yang ada, kita tekad untuk tukar sistem dan peta politik negara ini. Tiada lagi korupsi," katanya.


Beliau turut memuji semangat orang Miri, Sarawak yang semakin meningkat menjelang hari mengundi 19 November.


Katanya PH di Semenanjung telah kukuh dan hanya memerlukan penambahan sokongan di Sarawak bagi merealisasikan sekali lagi mentadbir Putrajaya.


"Nampak orang Miri semangat luar biasa. Saya ingat semangat dah turun sedikit, ini semangat kian naik.


"Ini nampak menyambung semangat yang ditunjukkan di Semenanjung. Di sana program (ceramah) telah melonjak seperti 2018 dan sekarang ini strategi kita push a bit more beyond 2018.


"Push itu maknanya kita perlu tawan lebih banyak kerusi Sabah dan Sarawak supaya masuk 20 November, memerintah Malaysia dengan lebih bergaya," katanya.


Dalam pada itu, Anwar melahirkan kekesalannya kerana Sarawak tidak mampu menampung peluang kerja terbaik bagi bakat bakat anak negeri itu apabila mereka berhijrah ke Singapura untuk mendapat peluang lebih baik.


"Malaysia mempunyai potensi yang sangat baik, potensi Sarawak, pelbagai budaya, pelbagai kaum.


"Pergi ke hospital Mount Elizabeth di Singapura, tanya pakar, saya dari Kuching, saya dari Miri. Pakar pembedahan paling top dari Sarawak. Mengapa mereka terpaksa pindah? Kerana peluang di negeri sendiri tidak ada.


"Sebab pemimpin sibuk kerja cari duit. Balak ada, hilang, ada saham, hilang, ada kontrak dia sapu.


"Sekarang rakyat punya kuasa. Kamu buat pilihan siapa yang kamu mahu jadi PM.


"Kalau negeri dipimpin oleh orang baik, tak ada korupsi kita boleh tolong rakyat," katanya.


Namun kata beliau, jika rakyat gagal lakukan perubahan maka kerajann yang tidak berwibawa seperti sebelum ini akan terus memerintah dan memperbudak rakyat.

0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page