top of page

PRU 15: Sokongan sukar diramal, politik berasaskan kaum, agama gagal - Nik Nazmi


Negara mungkin mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 sebaik sahaja rakyat mencapai imuniti kelompok iaitu setelah lebih 70% menerima vaksin Covid 19.


Bagaimanapun menurut Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad, pola sokongan kali ini sukar diramal berdasarkan kemarahan rakyat terhadap cara kerajaan Perikatan Nasional (PN) menangani Covid, isu Melayu dan ketidakpuasan hati anak muda mengenai kehidupan mereka.


Untuk PRU 15 juga, kata Nik Nazmi, pola pengundi Melayu memberi sokongan kepada BN dan bukan melayu kepada Pakatan Harapan mungkin tidak lagi pasti, dengan semakin banyaknya Melayu yang berada di bandar serta terbuka kepada kepelbagaian maklumat.


"Ini (pola sokongan sedia ada) tidak lagi benda yang statik sebab kita ada Melayu bandar. Di atas kertas disebut secara terperinci antara andaian lama dalam pembuatan dasar di Malaysia meletakkan Melayu equal kampung, Cina equal bandar. Sekarang majoriti Melayu tinggal di bandar, benda ini andaian yang tidak lagi betul.


"Dalam konteks politik juga sama. Kita tidak lagi kira undi Melayu bandar dan ada Pantai Barat, Pantai Timur, Utara dan sebagainya. Ia berbeza dan keadaan sekarang politiknya lebih rapuh. Kita kena serah kepada pakar-pakar untuk buat analisis.


"Namun bagi saya andaian bahawa pihak berkuasa merasakan mereka kononnya menguasai perubahan (sokongan pengundi) tidak lagi benar, kerana trend bertukar begitu cepat dengan keadaan hari ini sangat rumit dan mereka sukar buat keputusan," katanya dalam forum maya anjuran Bersih 2.0 bertajuk "Sempadan Pilihan Raya dan Anak Muda Undi 18", semalam.


Beliau menegaskan pola sokongan sejak PRU 2008 tidak mungkin lagi berulang dalam PRU akan datang.


Malah, katanya dalam PRU 14 sekali pun telah kelihatan undi Melayu beralih dengan banyak kepada PH di kawasan-kawasan Pantai Barat dan Selatan tanah air.


"Pada era Reformasi trend mengundi Melayu adalah pada Pas dan sedikit KEADILAN. Kawasan campuran bukan Melayu menguntungkan BN


"Selepas itu bila kita melihat kepada Pakatan Rakyat (PRU 2008) dan PH, Melayu untungkan BN dan kawasan bukan Melayu untungkan PH.


"Itu (perkiraan berasaskan kaum) memang dibuat ketika mereka melakar kawasan (sempadan pilihan raya) dan sebagainya. Namun kita ambil keputusan PRU 2018 yang lebih rumit. Satu, ia tiga penjuru. Ada BN, PH dan Pas. Pada waktu itu kalau kita lihat di kawasan Selangor misalnya undi Melayu untuk PH tinggi sekitar 40% lebih.


"Tetapi di Kelantan undi Melayu untuk PH ialah 20%. Undi Melayu untuk PH di Utara sangat rendah. Sebab itu BN menang banyak kerusi di Kedah, Perak di kawasan Melayu. Tetapi Selangor hingga ke Johor kita lihat gelombang sokongan Melayu untuk PH sekitar 30% hingga 40%," katanya.


Bagaimanapun, Setiausaha Pengelola KEADILAN itu tidak menolak kerajaan sedia ada mungkin mengambil kesempatan ke atas kecenderugan pengundi mengikut kawasan untuk mengubah lokaliti mengundi sebagaimana yang berlaku dalam beberapa PRU sebelum ini.


Cuma katanya, trend sokongan terhadap sesuatu blok kuasa kini lebih rapuh dan boleh berubah-ubah dengan pantas.


"Sebab itu bagi saya yang penting kita tidak boleh selesa dengan corak politik lapuk (menggunakan kaum dan agama) dan kita khuatir bila generasi Covid termasuk Undi 18 keluar mengundi dalam PRU (keputuan tidak lagi berasaskan kaum atau agama).


"(Namun) kita tidak mahu mereka menyalahkan kemelut yang mereka hadapi (mengalihkan isu), sepatutnya salahkan kepada kerajaan yang gagal, tetapi salahkan kepada kaum lain atau golongan pendatang pula. Itu ada potensi berlaku seperti kita lihat di Amerika Syarikat, United Kingdom dan tempat lain.


"Itu adalah tanggungjawab kita bersama (mengundi dengan penuh kesedaran). Kita alu-alukan Undi 18 dan tanggungjawab sebagai pengundi untuk melawan politik lapuk daripada terus menyusahkan kita," katanya.


Tambah Nik Nazmi, generasi muda harus lebih objektif dalam membuat keputusan. Politik kaum dan agama tidak lagi boleh menjadi pertimbangan dalam PU 15 kerana kerajaan hampir 100% Melayu telah pun dicuba, dan terbukti kerajaan itu paling teruk dalam sejarah.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page