top of page

PRU 15 redah banjir: Lawan politikus gila kuasa - KEADILAN Shah Alam



Kegilaan pemimpin Umno untuk meneruskan perlaksanaan Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 di musim tengkujuh perlu ditentang oleh rakyat.


Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Cabang Shah Alam, Suryamuizzudin Kamarudin, pemimpin Umno yang berkeras mahu mengadakan PRU pada ketika rakyat kesusahan itu telah keras hati mereka, dan hanya menumpukan kepada usaha mengekalkan kuasa.


"Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Umno malam tadi secara terperinci hanya membincangkan soal pembubaran parlimen daripada membincangkan soal masalah rakyat. Seperti mana semua maklum Jabatan Meteorologi Malaysia memberi amaran bahawa banjir bakal belaku pada November ini akan memberi kesan kepada 10 juta penduduk.


"Oleh itu, KEADILAN Cabang Shah Alam ingin menekankan soal rakyat wajib menjadi keutamaan. Pilihan Raya Umum 15 perlu ditangguhkan terlebih dahulu.


"KEADILAN Cabang Shah Alam mengesa Kerajaan untuk lebih peka dalam persiapan kelengkapan bantuan serta memastikan keselamatan rakyat terjamin berbanding soal mengekalkan kuasa. “Prevention is better than cure”," katanya dalam satu kenyataan.


Beliau menegaskan pemimpin yang terpisah daripada denyut nadi rakyat haruslah ditolak secara total dalam PRU kali ini.


"Kerakusan mabuk kuasa Umno semakin jelas dan menjadikan rakyat mangsa keadaan.


"Sewajarnya rakyat bangkit dan menolak Umno serta Barisan Nasional secara total pada PRU akan datang," kata Suryamuizzudin lagi.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page