top of page

PRU 15: Rakyat perlu bersedia sebelum Parlimen dibubarkan



Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 wajar mengambilkira kesediaan rakyat untuk menghadapinya sebelum kerajaan membubarkan Parlimen.


Naib Pengerusi KEADILAN Johor, S Gopalakrishnan (gambar, dua dari kiri) berpendapat, PRU15 tidak sesuai diadakan sekarang dalam keadaan rakyat masih dilanda pandemik Covid-19.


Berkata kepada media baru-baru ini, beliau tidak menafikan KEADILAN Johor sedang menyiapkan jentera pilihan raya sekiranya Parlimen tiba-tiba dibubarkan atau Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor bubar.


"KEADILAN Johor sedia pada bila-bila masa jika Parlimen atau DUN dibubarkan dalam tempoh terdekat. Semua jentera KEADILAN Johor sudah bersiap sedia untuk PRU15," katanya dipetik.


Gopalakrishnan yang juga ADUN Tiram berkata, pemilihan waktu yang sesuai untuk PRU15 perlu diambil kira bagi memastikan semua pengundi menjalankan tanggungjawab dengan sempurna dan melakukan pemilihan yang tepat.


Beliau berkata demikian dalam majlis menerima borang kemasukan 1,000 ahli baharu KEADILAN di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tiram baru-baru ini.


Menurutnya, KEADILAN Johor kini mempunyai lebih 53,000 ahli dan menyasarkan kira-kira 20,000 ahli baharu menjelang hujung tahun 2020 daripada semua lapisan masyarakat.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page