top of page

PRU 15: Rakyat letih politik, parti perlu beri solusi masalah kehidupan rakyat



Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 yang bakal dihadapi Pakatan Harapan (PH), khususnya KEADILAN memerlukan pendekatan berbeza berbanding strategi pada PRU 2018 lalu.


Calon Timbalan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, parti perlukan cara mendekati dan tawaran baharu kepada rakyat untuk memujuk mereka keluar mengundi dalam pilihan raya kali ini.


"Dalam tempoh 23 tahun cabaran PRU itu berbeza. Pendekatan harus fleksibel dan tak boleh tetap. Contohnya pada 2018 perkara paling berkesan sekali yang pembangkang ketengahkan ialah siri pembongkaran skandal.


"Itu menyentuh soal tatakelola, salah guna kuasa. Kebetulan skandal 1MDB, Tabung Haji, Felda sedang berlaku. Jadi 2018 itu sangat efektif. Ditambah pula cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang tidak popular. Kesannya kerajaan tumbang.


"Sekarang PRU dalam pasca pandemik. Yang terkesan rakyat jelata. Hilang pekerjaan, susut pendapatan, ekonomi lembab untuk meriah semula. Ini adalah fokus dalam fikiran kita sebagai ahli politik," katanya dalam wawancara bersama portal berita Sumberkini, malam tadi.


Katanya, seandainya KEADILAN atau PH tidak menawarkan solusi yang jitu maka parti akan menghadapi 'kelesuan sokongan' sebagaimana siri Pilihan Raya Negeri yang lalu.


"Rakyat penat dan letih. Parti mesti tampil dengan pendekatan yang boleh beri jawapan masalah dalam kepala rakyat. Jika kita gagal berikan tumpuan, tidak pelik kalau kita tengok sifat letih rakyat itu, mereka tidak akan keluar mengundi.


"PRU 14, 80% keluar mengundi. PRU Melaka, Johor 60% sahaja keluar mengundi. Bermaksud rakyat penat dan tertumpu kepada isu poket mereka, ini realiti yang berlaku. Ketika ini mereka memberi isyarat kepada parti politik. Ini yang kami lalui dan mereka menunggu PH menyediakan solusi," katanya.


Bagaimanapun, Setiausaha Agung KEADILAN itu memberi gambaran bahawa perkara tersebut telah pun disedari oleh kesemua barisan kepimpinan parti.


Jelas beliau, temurapat telah diadakan dan beberapa solusi penting telah dibahaskan dan dipersetujui untuk dilaksanakan pada kesemua peringkat parti.


"Ini yang kami temui dalam temurapat parti


"Ianya bukan soal saya calon timbalan nak bawa apa? Saya memposisikan sebagai team player. Dalam dua temurapat yang kita buat di Selangor dan Johor, kedua dua membabitkan semua peringkat dengan 100 orang lebih, dan sebut strategi pilihan raya. Apakah dia check list dan homeworks.


"Kita respons terhadap keputusan pilihan raya. Kedua dua temurapat saya bertindak sebagai pengarah yang merangka format perbincangan.


"Kita fokus macam mana menghadapi PRU 15 dan kita akses juga tentang kesan kelemahan kita dalam PH dan apa yang boleh beri penambahbaikan. Kita bincang tentang undi Melayu, undi bukan Melayu, isu ekonomi dan juga jaminan sosial serta struktur dalaman parti. Kita kenalpasti masalah dan rangka penyelesaian," katanya lagi.


Justeru, Saifuddin berharap biar pun pemilihan parti memperlahankan proses pembaikan strategi parti namun hal itu tetap akan berjalan dan akan membuahkan hasil terbaik menjelang PRU 15 kelak.


Selain daripada itu, Saifuddin juga merasakan jawapan itu cukup untuk memberi petunjuk jelas kepada yang bertanya berkenaan hala tuju parti, yang bagi beliau harus difikirkan bersama dan bukan idea peribadi calon yang bertanding dalam pemilihan kali ini.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page