top of page

PRU 15: PH sedang mendahului jauh parti-parti lain - Anwar



Berbaki 3 hari sebelum mengundi, Pakatan Harapan (PH) dalam banyak tinjauan telah mendahului di depan dan sesetengah analisa sokongan meletakkan anggaran kerusi yang boleh dimenangi PH sekitar 100 parlimen.


Menurut Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim, situasi itu boleh menjadi katalis kepada kebangkitan rakyat


Bagaimanapun apabila ditanya mengenai parti lawan yang turut mengakui akan mendapat majoriti mudah sebagaimana dilaporkan media kelmarin, beliau berkata pemimpin parti berkenaan perlulah melihat fakta dan analisis sebelum membuat komen.


"Kita yakin mesti berdasarkan data, kajian di daerah setempat. Kalau ikut data dan kajian, saya tidak fikir mana mana orang boleh menafikan bahawa PH sekarang sedang mendahului jauh," katanya.


Mengenai niat Umno sebelum ini ingin menguburkan kerjaya politik Anwar di parlimen Tambun, calon PH parlimen Tambun itu berkata tidak mudah untuk menguburkan kerjaya politiknya.


"Saya usaha sedaya upaya. Niat mereka nak kuburkan itu tidak mudah. Sebab kubur belum disediakan," katanya kepada wartawan usai majlis ceramah di parlimen Pasir Salak, petang semalam. .


Selain itu, Anwar ditanya mengenai manifesto peringkat negeri Perak. Beliau berkata tawaran bagi negeri merangkumi penyelesaian masalah kemiskinan, masyarakat terpinggir dan tentunya akan dilakukan dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan.


Beliau menekankan aspek peranan Kerajaan Negeri terhadap program sekuriti makanan dengan bantuan khusus kepada petani, nelayan dan sebagainya.


0 comments

Recent Posts

See All

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page